|
Pasangan ideal..walaupun waktu ni mak gebu sangat...ayah sangat romantik...ni waktu mak mengandung kat Adik |
Ini adalah kali pertama ayah bawa kami adik beradik tour ke Sg Nerek,Temerloh .Pahang.masa ini umur Adik baru lapan bulan.
Kenanganbersama mak dan ayah sememangnya sangat indaah dan tidak ada galang gantinya..sedari kami kecil kami diajar bahawa berseronok dan berbahagi bahagia bersama keluarga..biarlah hidup susah dan tidak kaya raya seperti orang lain teetapi kami diajar bahawa bergembira atau bersukaria hendaklah bersama keluarga...sebab tu sedari kecil kami kurang pergi mengikuti rombongan sekolah atau melancung dengan kawan-kawan sebab mak dan ayah tak benarkan...
|
Alhamdulullah apabila kami berpindah ke Perumahan Awam Mergong kebidupan kami berubah dan ayah juga telah berubah kerjaya..dulu semasa di Jalan Pegawai ayah bekerjasebagai Mekanik tapi ketika di sini ayah dah mula menjalankan perniagaan dengan bekerjasama dengan Uncle Ong Eng Thye untuk membuka syarikat sendiri..Sayarikat Ganda Ganti yang mana ayah jadi rakan konsi..macam biasalah macam-macam orang hinaayah kat buat bisness Ali Baba lah sebab kerjasama dengan cina..tapi bagi ayah dia langsung apa orang nak cakap..selagi rezeki itu halal dia akan berusaha dengan gigih..ayah memang berciita-cita besar dan bermula disinilah aku selalu tolong ayah buat kira-kira dan akaun di samping mengira berapa harga barang dan berdasarkan harga modal..sebab tu orang cina cepat maju bila buat kedai spare part sebab mereka ada pengalaman dan tak percayakan pada pekerja semata-mata..sebab tu ayah kata kalau nak buka kedai atau berniaga apa sekalipun kita janagn berharap pada orang bawah semata-mata..kalau nak jual apapun kita mesti tahu semua tentang benda tu kalau tak memang orang senang permainkan kita... Masa buka Syarikat Ganda Ganti yang terletak di jalan langgar memang ayah naik tangan sangatdan maju dan akhirnya ayah dan Uncle Ong mencari tempat baru di Jalan Putra untuk membesarkan syarikat mereka..apa yang aku tahu ketika ni memang sangat mewah dan ayah macam peniaga cina juga yang mana tak tunjuk lgak walaupun bawa duit berpuluh ribu dalam karung plastik saja..aku ingat lkagi kalau ayah bawa balik gaji nak bayar kat pekerja kadang-kadang berpuluh ribu..aku buka duit tu dan tabur atas tilam dan tidur atas duit..aku kata kat ayah,,,perfume paling wangi...cita-cita pun berubah lah juga masa ni sebab duk bau dui selalu..itu yang aku bertekat nak ambil perakaunan sebab jatuh cinta buat akaun kat ayah selalu..walaupun aku tingkatan 3 dulu perdagangan ..jadi memang tahulah buat kunci kira-kira dan Imbang Duga..serta Penyata Akaun Tahunan..sebab nak bayar cukai..
|
Adik Mat dukung Adik dan Aril..serta anak-anaksaudara ..semua tu dah kahwin sekarang ni... |
Memandangkan waktu ni ayah dah tak bekerja sesibuk masa kerja makenik jadi ayah dah ada masa untuk kami semua..ayah selalu bawa kami bercuti dab berkelah..kalau habis sangat ayah bawa pergi Pulau Pinang...balik kampunglah..ayah orang Sungai Star,Pulau Pinang dan mak orang Lubuk Buntar...Bandar Baharu.... jadi memang asal ada kelapangan ayah akan bawa kami bercuti sambil melawat datok dan nenek serta saudara mara..ayah selalu pesan jangan putus saudara kalau kita senang pergilah cari adik beradik kita yang susah dan kalau jangan pergi tangan kosong bawalah buah tangan paling tak gula kopi untuk menyatakan kita pergi tu memang sebab nak menziarah jadi ayah dan mak akan selalu singgah kat pasar dulu beli barang mentah sebelum sampai destinasi yang kami tuju..selalunya rumah Tok kat Nibong Tebal, Tok-tok saudara dekat Sungai Setar, Lubuk Buntar dan juga Kulim..dan juga rumah Pak Long kat Sik. Selalunya ayah akan kumpul minyak dan kopon minyak supaya sampai satu waktu kami akan boleh pergi bercuti..
Selalunya ayah akan bercuti panjang waktu raya cina sebab masa ini semua orang berniaga cuti jadi buat apa ayah nak buka kedai..jadi kami adik beradik masa Raya Cina , Raya Aidil Fitri dan Raya Korban saja akan pergi berjalaan-jalan sambil mengunjungi sanak saudara..Selalulang raya cinalah raya yang paling panjang tempoh dia.jadi kami akan melancung hampir seluruh semenanjung..kami akan bertolak seawal lima pagi sebab ayah selalu kata kalau nak bertolak jauh biar kita bertemu dengan siang..kalau apa-apa jadikita boleh minta tolong orang..kalau bertolak petang kita akan bertemu malam dan susah kalau malam..selalunya kami akan berhenti untuksembahyang Subuh dipertengahan jalan.
|
Gambar ayah dan mak dengan kakak sulong ayang..Mak Long Zainab.. |
Kalau tour ke Pantai Timur kami akan sampai ke kawasan Tanah Merah..dekat air terjun lebih kurang dalam jam 9 pagi dan waktu ini memang ayah akan berhenti dan kami akan berkelah di kawasan air terjun dan makan bekalan yang mak masak..jarang kami beli tengah jalan sebabb ayah kata ..makanan yang dimasak sendiri lebih sihat dari makan tepi jalan sebab kita tak tahu kebersihan mereka..mungkin sbb tu sampai sekarang aku susah makan luar..kafetaria pun tak pergi..ayah akan berhenti sampai pukul 12 tengahari dan kami akan makan kenyang-kenyang dan mandi manda sepuasnya..lepas tu kami akan bertolak ke Kelantan dan kalau masa panjang kami akan singgah tidur dekat Kota Baharu atau Terengganu sambil menziarah adik aku kat MRSM Terengganu..masa ini Yati belajar dekat sana sebab tu ayah memang simpan duit supaya kami boleh pergi ke sana selalu ..dan selepas tu kami akan bergerak ke Pahang iaitu destinasi nya adalah Sungai Nerek, Temerloh rumah Pak Long dan mak Long iaitu kakak sulong ayah..ayah tak ramai adik beradik massa ni tinggal Mak Long dan Chu Saodah saja...Mak Lang dah meninggal dunia. Ayah anak tunggal lelaki jadi memang kesayangan kakak dan adik dia...Mak Long lah orang yang paling seronok kalau dapat jumpa ayah..macam-macamlah yang dicerita sampai bersambung di tempat tidur..macam-macamlah Mak Long akan kerah anak menantu masak jamu ayah...dan selaunya kami akan sing dua tiga hari dekat sini dan seterusnya seawal 8 pagi selepas makan pagi kami akan bertolak ke Sungai Buloh untuk menziarah adik mak pula iaitu Mak Cik dan kami akan bermalan di sana semalaman ..dan keesokannya kami akan bertolak balik dari Sungai buluh melalui jalan pantai dan singgah di Lumut atau Pantai Remis..dan seterusnya akan singgah bermalam kat rumah Pak Ndak adik mak di Nibong Tebal dan di sini selalunya kami akan menziarah sanak saudara Pak Ngah abang mak, anak saudaraa..tok saudara...boleh kata dari pagi sampai ke petang kami akan bergerak darisatu rumah ke satu rumah..kalau tak sempat ayah akan datang waktu lain pula sebab Pulau Pinang dekat saja jadi boleh kata setahun tiga empat kali balik kampung dari aku kecil sampailah sekolah menengah..yang seronoknya bila balik kampung ...bonet kereta penuh dengan nyiur (kelapa), keladi , pisang,ikan kering dan macam-macam lagi...sebab bila kita pergi ziarah tangan penuh adik beradik pun besar hati sampai apa ada semuanya nak dimasukkan dalam bonet kereta..kadang-kadang tu sampai merajuk-rajuk sebab ayah tak mau ambik..tapi bila dipaksa ayah tetap bawa balik dan kami sedekahkan dekat jiran-jiran di sekeliling rumah.. |
|
Ni gambar Adik Mat dan Aril masa ni kami baru pindah ke Perumahan Awam Mergong |
|
Kalau hujung minggu pula selalunya bila time dapat gaji ayah akan penuhkan bonet kereta dengan bekalan keperluan harian..sampai penuh bonet..ayah akan bawakami ke Pendang pergi ziarah adik ayah Mak Chu dan lepas makan tengahari kat rumah Mak Chu kami akan bertolak ke Sik rumah Pak Long Leman dan bila lepas minum petang ayah akan bertolak balik dan singgah di rumah Tok Cik di Sungai Lalang,Sg Petani.Selalunya kami sempatlah juga berkelah..janji ada air terjun, sungai ka laut Pantai Merdeka..Pantai Murni..Tanjung Dawai..Gunung Jerai..Batu hampar...apa-apa saja tempat berkelah mesti ayah akan singgah......dan last sekali kami singgah rumah Pak Lang dan Mak Lang Nab
(bini baru pak lang lepas Mak Lang aku meninggal dunia...tapi ayah tetap mengenang jasa mereka wlaupun kakak ayah dah tiada masa ni.) .Ayah akan berhenti dan kami berkelah... itulah ayah dan mak yang memang berhati mulia dan selalu mengutamakan adik beradik dan tak dak pilih kasih..walaupun kadang-kadang tu ada juga adik beradik kata ayah pilih kasih tapi aku tengok ayah dan mak sama saja sayankan keluarga mereka walaupun mereka taklah kaya tapi mereka lebih dari adik beradik lain jadi mereka ringan tulang membantu....Alhamdulillah inilah akar budi yang dididik oleh ayah dan mak. Syukur Alhamdulillah kerana didikan yang merekka berikan pada kami bukanlah secara arahan tetapi secara tauladan..
|
1990..ayah pergi ambil Yati di MRSM Terengganu...... |
1990 adalah tour terakhir ayah sebab masa ini akhir tahun dah dan ayah pergi ambil Yati balik dari Terengganu dan macam selalu akan menyinggah dibeberapa stesen dahulu dan ketika ini aku dah masuk IPSI dan ayah akan berhenti untuk jumpa aku..walaupun aku nak ikut tapi waktu ini ada kelas jadi aku terpaksalah akur..tak ikut ayah dan mak..
|
Mak,Ayah,Yati dan Adik |
Macam selalu lah keluarga Mak Long sangat gembira bila ayah dan mak pergi ke sana...inilah kenangan terakhir dan selepas ayah meninggal memang Mak Long sakit teruk sehinggalah ke akhir hayat dia sebab terlalu rindukan adik kesayangan dia.
|
Masa ini adalah kali terakhir ayah melancung bersama keluarga.... |
|
Ceria je Mak Long setiap kali ayah pergi menziarah dia.. |
|
Macam biasalah..anak manja ayah...Aril ngan Adik.. |
Ayah akan berhentikat Shah Alam untuk jumpa KaK Not sebelum jumpa aku sebab masa ni kak belajar di UITMShah Alam dan selalunya yang best tu ayah akan bawa kerepek ubi yang tok dan mak cik bekalkan untuk aku..masa ini tok tinggal dengan mak cik di Bukit Cerakah mereka dah masuk rancangan FELDA dan aku beberapa kali berpeluang ikut ayah dan mak pergi ke sana..asal usul tok memang orang Tanjung Karang dan akhirnya balik ke lubuk asal juga iaitu Selangor.
|
Diperkarangan Masjid Shah Alam ...semasa pergi ziarah Kak Not di Shah Alam |
Sepanjang aku tinggal di IPSI tiga empat kali jugalah aku ikut ayah pergi ke Bukit Cerakah sebab aku kan anak spoilt jadi ayah dengan mak kena datang jumpa aku jadi selalunya lepas jumpa aku ayah akan terus ke Bukit Cerakah sebab dah dekat dengan Tanjung Malim...dan kebetulan tahun 1991 Yati masuk PPP Shah Alam ..persediaan nak ke UK..jadi macam selalu aku ni yang akan paksa mak dan ayah singgah kat aku.. memang aku tak boleh duduk kalau tak tengok muka mak ngan ayah.. kemudian tahun terakhir ayah singgah dekat aku masa aku praktikum di Slim River.. Julai 1992.
|
Shahril depan asrama kakak di UITM Shah Alam |
InsyaAllah kalau bercuti maknanya bergembira dan berbahagi bahagia dengan orang=orang yang kita sayang dan menyayangi kita bukan dengan kawan-kawan....itulah pesan ayah ..kalau ada duit lebih kita kongsikann dengan kaum keluarga terdekat dahulu dan lepas tu barulah pada orang luar iaitu jiran dan rakn-rakan..ayah dan mak juga selalu berpesan jiran-jiran adalah saudara maraterdekat ..sebab tulah kami diajar untuk mengenang budi orang-orang yang berjasa kepada kami..selagi hayat mereka..pesan mak dan ayah jangan putuskan silaturahim dengan saudara mara..kalau kita senang carilah adik beradik yang susah sbab orang susah selalunya malu nak ziarah orang senang sebab takut nanti dikata nak meminta atau menumpang,,jadi kita yang ada lebih carilah saudara mara yang susah dan tua..kalau mereka tua lagilah kita kena pergi cari sebab orang tua macam mana nak cari orang muda....jangan sombong dengan adik beradik dan saudara mara...amalkan memberi walaupun sedikit..yang penting keikhlasan...ayah selalu pesan kalau kita tak ingat adik beradik dan akar kita (keturunan) siapa lagilah yang nak menjaga nya jadi syukurlah kami kenal datuk nenek kami ....
p/s ...tapi sekarang ni aku tak pernah pergi rumah mereka sejak mak meninggal..sbb masa mak ada dulu memang selalu juga mak 'paksa ' aku untuk teruskan apa yang ayah buat sampailah akhir hayat mak..tapi aku...entahlah..hanya Pak ndak dan Mak cik aku saja yang aku ziarah dan yang lain...dah hampir empat tahun aku tak pergi tengok..lagipun ramai yang dah tiada...sebelum mak meninggal dunia..
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment