kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, December 2, 2010

CHAPTER 11:CInta Pertama...Rumah itu duniaku


Sejak kecil apa yang aku tahu aku akan cemburu kalau orang lain dekat dengan Abang Tam walaupun adik beradik abang sendiri dan kakak aku sendiri. Mengapa benda itu wujud aku tak tahu. Semasa kecil memang aku tak boleh lekang dari abang Tam dan dekat mana ada abang Tam dekat itu aku akan ikut .Walaupun aku budak perempuan tapi aku lebih banyak ikut abang Tam dari bermain dengan kak Not dan kak chik. Apa yang aku tahu aku terlalu sayangkan abang Tam yang aku panggil abang hinggakan waktu kecil dulu memang abang Tam begitu bermakna bagi aku. Dan aku sanggup lakukan apa sahaja semata-mata untuk berada di sisi abang.Sebab tu aku sedar bila tingkah laku aku tidak seperti adik beradik lain yang dibesarkan oleh mak dan ayah sebab aku banyak didik oleh rumah itu. Sebab tu rumah Itu Duniaku bagi aku dan aku sayang akan seluruh isinya. Aku masih ingat semasa kami kecil kalau abang ndak datang abang tak bagi aku dekat dengan dia sebab bagi aku abang juga sayangkan aku.  Apa yang aku tahu sejak dari kecil aku nak kahwin dengan abang. Dan janji abang tetap aku tunggu walaupun itu hanyalah janji seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Sampai satu ketika abang dah masuk alam remaja yang mana waktu tu abang dah diraikan sebagai raja kerana tahun tu abang dah berkhatan. Lucunya apa yang aku ingat orang lain takut untuk dekat dengan abang tapi aku sanggup tidur dekat dengan abang sebab kesiankan abang yang kesakitan. Mungkin ketika tu abang tak rasa apa sebab kamikan teman main perang-perang jadi aku ni macam budak lelaki saja bagi abang. Tapi itulah kenangan yang tidak pernah terpadam. Bila pergi mengaji Quran di rumah Tok Wa aku pasti akan duduk tak jauh dari abang dan sentiasa terlopong bila tok wa mengajar dan abang selalu dapat kredit dari Tok Wa kerana dapat balik awal sebab jadi tok guru kepada Bond, Jasni, Shaizat and the gang. Dia orang selalu memusuhi abang dan aku ingat lagi peristiwa abang dilukakan oleh Bond masa kat kedai Raman. Berdarah tangan abang dan sejak hari tu aku benci pada Bond, Jasni and the gang. Kita selalu ke terawikh dan kita kutip bunga atas kubur setiap jumaat dan balik kena marah dengan mak.Kita main meriam buluh bersama dan selalu timbang bulu ayam dan abang selalu akan backing aku dan tak bagi main dengan orang lain. Dan kalau kemana-mana bersama mak dan pak abang, aku mesti duduk dekat dengan abang dalam kereta dan orang selalu tanya aku ni siapa, sampai kak chik menyampah sebab dia rasa ada saingan dan dia selalu kata anak orang gaji mak dia.Apapun aku tak kisah asal dekat dengan abang sebab aku sayangkan abang.


Masih segar diingatan ketika kita berkejaran kat Pantai Merdeka dan mandi laut bersama ,masa tu ayah bawa abang bersama dan bahagia sangat bila mengingat kembali kenangan manis tu. Bila musim orang mesin rumput kat padang sekolah kita selalu main kat padang sampai senja. Macam mana kali pertama belajar naik basikal sampai lebam kaki tangan sebab terjun dalam semak pokok kapal terbang tepi rumah Mak Ah. Macam-macam permainan zaman kanak-kanak yang kalau nak imbas kembali. Segala kenangan tu berlalu bila abang ditawarkan ke MRSM Kulim, menangis Tuhan saja yang mengetahui sampai mak abang bagi baju T warna putih abang sebab demam ingatkan abang. Jadi baju tu aku simpan sampai hari abang kahwin dan aku bakar sebaik sahaja hari abang akad nikah sebab tu aku ada pesan kat abang supaya bakar surat yang aku hantar kat abang sebab masa yang sama aku bakarkan baju yang menjadi simpanan aku sejak abang masuk MRSM. Bila abang ke MRSM abang dah menjadi orang lain tapi setiap kali abang balik kita selalu tidur di tempat yang sama selalunya kak chik duduk di tengah dan akhirnya bila pagi kita selalu tidur bersebelahan.
Tapi bila abang tingkatan tiga abang dah menjadi orang lain dan kami mulai renggang. Abang dah tak pedulikan aku lagi dan masa tu Dali masuk dalam keluarga abang dan dia selalu membuat kacau ,dia kata abang dah ada girl friend kat MRSM .Apapun ketika tu aku banyak fokus kepada peperiksaan Darjah 5 dan aktif dalam bidang sukan dan sedikit sebanyak memang dah tak kisah tentang perkembangan hidup abang di asrama. Tapi sesekali abang balik kami masih lagi bersama dan paling yang aku tak suka bila abang ajarkan kak Not dan memang waktu tu cemburu sangat. aku paling suka bila abang balik abang pakai baju T warna merah dan abang selalu balik bantu abang Cup kat warung dan kebetulan aku memang kerja dengan abang cup. Ketika itulah mula rasa ingin memiliki abang tapi dalam masa yang sama aku yakin abang adalah lelaki yang telah Allah tetapkan untuk aku tanpa ada sedikitpun perasaan akan kehilangan abang. Lagipun ketika itu abang lebih rapat dengan teman-teman sekolah abang dan juga sepupu-sepupu abang yang lelaki.
Hinggalah pada saat abang dapat tawaran belajar di USA.Masa tu tuhan saja mengetahui betapa rasa kehilangan dalam hidup ini.
Masa remaja aku diselubungi perasaan rindu pada abang setiap hari tapi sejak itu setiap kali dalam sembahyang ada doa mengiringi abang. Lucukan...tapi itulah cinta pertama dalam hidupku..Aku menyayangi Abang Tam hinggakan aku tenggelam dalam kisah kasih sayang kami semasa kami kecil. Aku sedar bahawa abang bukan lagi lelaki yang pernah menyayangi aku.Tapi masa remaja aku memang masa yang sangat bahagia kerana tumpuan aku habis kepada MSSM dan keasyikan dunia sukan. Walaupun ramai peminat tapi aku tak pernah ada boyfriends sebab bagi aku abang adalah kekasih awal dan akhir aku. Aku ada ramai abang angkat yang akhirnya minta nak jadi boyfriend tapi itu semua tak berlaku sebab hati ini sentiasa ada ingatan terhadap abang. Ayah banyak tahu tentang hati aku sebab aku selalu cerita kat ayah tentang abang.Sebab tu ayah kata kena belajar rajin-rajin dan jangan tinggal sembahyang sebab baru boleh jadi orang yang pandai macam abang. Aku tak boleh tinggalkan ayah dan mak sebab selepas pindah dari jalan pegawai aku dapat rasa kasih sayang mak dan ayah. Itupun nasib baik waktu nak pindah tu ayah tak izinkan aku tinggal dengan mak abang walaupun berbagai alasan mak abang pujuk ayah bagi tinggal kat sana. Dan sejak tu juga saku tak pernah tidur di rumah abang hinggalah tahun 2007 selepas 100 hari abang kembali dalam hidup aku buat kali keduanya.

Hidup aku penuh dengan rasa sayang dang bahagia walaupun hanya mengingati abang. Wajah abang tak pernah lekang dari mata aku. Ketika kawan-kawan baik aku ada boyfriend aku ada abang dalam hatiku. Kalau orang bercerita tentang boyfriend mereka ,aku akan bercerita tentang betapa rindunya aku pada abang sebab abang belajar diluar negara. Itulah kisah cinta pertama dalam hidup aku dan dialah insan yang yang diciptakan buat aku mengenal erti cinta...nantilah dalam chapter seterusnya kalau diizinkan aku akan ceritakan kisah cinta dan sayang sepanjang hidupku ini...tapi abang hanyalah cinta pertamaku,  semoga abang bahagia bersama keluarga yang dia miliki kini...Cinta..kasih ..sayang ku hanyalah milik Ilahi.
 

Bila menulis bab cinta pertama ni rasanya malu sangat pada Allah SWT sebab cinta yang pertama sepatutnya cinta pada Allah SWT dan cinta pada RasulNYA...dan cinta pada ibu dan ayah yang melahirkan kita ke dunia. Cinta yang paling agung dan suci adalah cinta pada Illahi dan carilah cinta itu..sehingga hari ini aku masih mencari cinta agung itu ...

Bila Aku Jatuh Cinta
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,  jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, 
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang hina. 
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, 
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu. j
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, 
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. 
Ya Allah, jika aku rindu, 
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. 
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, 
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. 
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,  
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. 
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, 
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. 
Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, 
telah berjumpa pada taat pada-Mu, 
telah bersatu dalam dakwah pada-MU, 
telah berpadu dalam membela syariat-Mu. 
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. 
Kekalkanlah cintanya. 
Tunjukilah jalan-jalannya. 
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. 
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
Ya Allah permudahkanlah urusan perkahwinan kami hanya kerana mencari redhaMu....
 Lailahaillallah Muhammad Rasulullah.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in