kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, December 16, 2010

CHAPTER 12: Dunia awal remajaku.....perjuangan...angan-angan...kegemilangan.

1984.Tingkatan 1 P 3 SMTSR,Alor Setar Kedah....tengah paling tinggi dan cute..akulah tu
Johan dan olahragawati SMTSR 1985 dan 1986
Hidup remaja ku boleh dikatakan sebagai seorang anak yang akur pada perintah kedua ibubapa dan aku bukanlah seorang yang terlalu nakal. Aku habiskan kehidupan remajaku dengan liku-liku hidup seorang remaja yang penuh dengan cabaran dan impian untuk hidup sebai seorang yang berjaya. Mungkin sesetengah melihatnya sebagai satu perjalanan yang penuh kontroversi. Aku sememangnya dari awal remaja ku iaitu  kalau boleh ku hitung umur 13 tahun iaitu bersekolah menengah merupakan  waktu yang sangat kritikal dalam membuat keputusan. Aku memang sukar membuat keputusan sehinggalah akhirnya aku tercampak ke Sek Men Tun Sharifah  Rodziah tanpa kerelaan hatiku yang sebenarnya. Akibat dari kesilapan membuat perhitungan dan memilih kawan sebagai satu pilihan menyebabkan aku trauma belajar di SMTSR selama tiga tahun sehinggalah akhirnya aku hanya mempunyai beberapa orang kawan sahaja kerana aku sukar untuk menerima persahabatan dalam hidupku lagi.

Masa dalam kelas ..Zalita..Ong Suan Nyin..di manalah mereka sekarang ..
Memandangkan semasa di SMTSR dalam keadaan yang trauma dengan persahabatan menyebabkan aku ada kawan-kawan tetapi mereka semua hanya sebagai satu pertaruhan atau persaingan untuk aku mencapai suatu tempat yang lebih baik. Oleh kerana aku kecewa dengan kawan aku memilih untuk membawa diri aku dalam aktiviti sukan. Walaupun ketika ini aku sudah tidak aktif dalam acara balapan dan bolajaring akibat dari  berat badan naik dengan mendadak menyebabkan aku memilih sukan padang iaitu cakera , lembing dan lontar peluru. Mungkin orang melihat acara ini untuk budak yang gemuk dan tidak aktif tetapi aku melihat ini adalah ruang untuk aku menonjolkan diri dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada aku..............
Fazilah,Azrina,Zalina dan aku dah lupa nama dia..

Masa tingkatan 1 dengan cikgu kelas kami
Dunia remaja aku lebih diselubungi dengan dunia sukan dan glamour menjadi atlit yang mewakili sekolah, daerah dan negeri dan sehinggalah akhirnya aku sebati dengan sukan. Aku suka sukan kerana dengan acara sukan membawa aku mengenali dunia luar terutamanya dunia pergaulan. Alhamdulillah aku walaupun bebas untuk bersukan tetapi ayah dan mak sentiasa membimbing aku agar tidak terjerumus dalam kancah remaja sosial. 
Oasis..Kuala Kedah...posing ala-ala 80an
Syukur sangat-sangat kerana mak dan ayah mencurahkan kasih sayang yang mencukupi untuk aku dan sehinggakan aku tak memerlukan orang luar untuk mendapatkan kasih sayang. Aku bukanlah remaja yang bermasalah sosial kerana bagi aku  masalah sosial akan wujud bila kita tidak cukup kasih sayang dari keluarga sebab itu aku rasakan aku mendapat kasih sayang yang sangat banyak dari keluarga aku.
Dengan Zalita

Kota Kuala Kedah...Ina,Fazidah, Fazilah and kambing...banyak kambing kat kota ni
Memandangkan aku tak ada abang jadi untuk mengisi ruang ini aku diizinkan untuk mempunyai abang angkat tetapi abang-abang angkat aku semuanya kena melalui screen test dengan ayah aku dahulu. Aku ada abang angkat yang sangat aku sayang iaitu Nasaruddin Othman , Ramlie Mei, Azam, dan  Ahmad Aqsa Harun mereka semuanya mengenali ayah aku dan yang paling lama menjadi abang angkat aku adalah abang Nasha sebab dari form 2 sehinggalah aku masuk ke IPSI dia tetap menjadi abang angkat aku. Aku bersyukur kerana bagi aku aku mengenali mereka dalam hidup aku dan tak de lah pula perasaan untuk menjadikan mereka boyfriend aku sebab aku dah ada insan yang menutup hati aku untuk menyintai atau mengenali mana-mana lelaki dalam hidup ini iaitu Abang Tam.
Macam biasalah..aku tak pernah kecil dari kawan-kawan aku...
Sejak dari aku remaja aku hanya mengenali Abang Tam sebagai insan yang bernama lelaki dan sebagai seorang yang menghuni hati aku. Aku tahu ramai kawan-kawan remaja aku terutamanya semasa di sekolah menengah dan di IPSI melihat aku sebagai seorang yang tak waras dengan ketetapan hatiku ini tetapi itulah hakikat nya aku bersyukur kerana dengan adanya dia dalam hatiku menyebabkan aku tak ada perasaan untuk melakukan perbuatan yang tak senonoh macam remaja lain. 

Uniknya kehidupan remaja aku memang menyebabkan aku sangat bersyukur kerana aku sentiasa dipenuhi dengan semangat ingin menang dan berjuang untuk merealisasikan impian aku. Aku punya impian untuk melancong seluruh dunia, membawa ibu dan ayah menunaikan haji, mendapat pekerjaan yang stabil dan dalam amsa yang sama boleh melancong dan membeli rumah untuk ibubapaku. Angan-angan aku selau menceritakan betapa seronoknya aku mengira bilangan kereta yang tersusun dibelakang rumahku. Semasa itu aku bayangkan ada sekurang-kurangnya 8 buah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi.
"Berangan-angan tak habis...kereta mercedes, BMW, Pajero, Honda dan proton lah...kalau asyik berangan saja tak baca buku semua tu akan tinggal angan-angan" kata mak pada suatu petang bila tengok aku berangan-angan atas buaian kat belakang rumah di Taman Wira Mergong sambil membaca buku.
"Tak pe..angan-anagn boleh jadi realiti kalau kita ada keinginan di situ ada jalan" sahut ayah yang sentiasa memberi sokongan pada aku..
" Manusia ini kalau hendak berjaya mesti ada angan-angan atau impian, barulah kita dapat melihat apa yang kita mahu dalam hidup..setiap manusia mahu sesuatu dia akan mencari jalan untuk mencapainya"..kata ayah lagi.
"Ilmu itu ibarat batu permata yang berada dalam kotak besi yang berada dalam gua yang kelam dna pintu gua itu sempit tapi kalau kita mahu mendapatkan ilmu itu walau sebagaimana susahpun kita akan mencari ikhtiar untuk masuk dalam gua itu dan membuak peti dan mendapatkan isinya...jadi fikirkanlah macam mana hendak mendapatkan ilmu itu kerana ia akan menjamin kehidupan kita yang lebih cerah dengan memperolehi permata yang ada...." itulah kata-kata falsafah ayah yang selalu diberitahu kepada kami. Ayah seorang yang intelektual bagi aku kerana dia sentiasa akan bercerita dan berfalsah kepada kami. ku sangat mengagumi ayah dan emak...walaupun mereka tidak kaya, berpelajaran tinggi atau berstatus tapi aku sangat bersyukur kerana aku ada mak dan ayah yang sangat penyayang dan mengambil berat.

Sepanjang aku menjadi seorang remaja aku tidak pernah melihat ayah dan mak bertelagah atau menghina satu sama lain atau orang luar. Apa yang mereka ajarkan adalah sikap hormat dan redha antara satu sama lain. Walaupun ayah bukanlah alim ulama tetapi bila ayah mendidik kami dia pastikan kami anak-anak mendapat ilmu agama yang mencukupi. Aku beruntung kerana berpeluang hidup bersama pasangan yang penyayang iaitu mak dan ayah lebih lama berbanding adik beradik aku yang lain. Aku hanya tinggalkan keluarga untuk tinggal di asrama hanyalah ketika musim sukan dan peperiksaan yang mana tak lebih dari dua bulan dan itupun setiap hari mak dan ayah wajib jumpa aku di asrama. Itulah syarat aku untuk pergi asrama. sebab aku memang anak yang manja dan memanjakan diri sebab mak dan ayah adalah segalanya bagi diriku dan aku bahagia kerana aku punyai mereka dalam hidup aku. Sehinggalah aku berakhir remaja dan aku mula bergelar guru pelatih di Institut Perguruan Sultan Idris pada 11 Jun 1990 merupakan detik permulaan aku meninggalkan hidup bersama mak dan ayah. Sejak dari aku masuk asramalah menyebabkan aku mendapat pelbagai penyakit yang berpunca dari psikologi antaranya homesick dan athma. Kecederaan tulang belakang dan sebagainya. Tapi bila doktor kaji semuanya berpunca dari satu sahaja psikologi
 
Kenangan bersama Yati,Adik Mat dan Shahril...tomboy pakai skirt..serius ajalah.tak pandai senyum lagi..
Aku tidak boleh hidup jauh dari mak dan ayah serta keluargaku kerana aku terlalu menyayangi dan mengasihi mereka. Hidupku  sangat indah bersama mak dan ayah. Aku diajar berseronok hanya dengan keluarga bukan dengan kawan-kawwan. Kalau aku nak bercuti aku akan bercuti bersama keluarga dan kalau nak bergembira hanya dengan keluarga. Keluarga adalah segala-galanya dan aku diajar menjaga maruah keluarga.
p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan..

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in