kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, December 7, 2010

MEMILIH SAHABAT

Semasa darjah 6..kenangan dengan rakan-rakan SK Sg Korok Lama
Tingkatan 2...SMK Tun Sharifah Rodziah
Memilih Sahabat Baik Dan Beriman YANG DISARANKAN....

Sahabat umpama penyuluh yang menerangi kegelapan. Di dalam kitab Hidayatul Salikin Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.”

Orang Yang Berakal
Jika kita berkawan dengan orang kurang berakal ( jahil ) mungkin akan menyebabkan perkelahian. “Seteru yang berakal itu terlebih baik daripada kawan yang tidak berakal.” Seteru akan menegur kita apabila kita melakukan kesalahan. Perkara ini akan membolehkan kita membaiki kesalahan kita. Manakala sahabat yang tidak berakal akan mendiamkan diri walaupun kita melakukan kesalahan.

Baik Peribadi Dan Perangainya ( Akhlaknya )
Jangan bersahabat dengan orang yang jahat perangainya. Begitu juga orang yang sangat pemarah, derhaka kepada ibu bapa, tidak solat, tidak puasa dan orang yang meringan-ringankan agama.

Orang Yang Soleh
Jangan berkawan dengan orang yang fasik. Fasik ialah orang yang mengekalkan dosa besar dan dosa kecil. Seorang yang takutkan Allah S.W.T. tidak akan mengekalkan dosa besar atau dosa kecil. Sabda Nabi s.a.w: “Jangan engkau bersahabat melainkan dengan orang mukmin dan jangan engkau makan melainkan dengan orang-orang yang bertaqwa.” ( Abu Daud dan At-Tarmizi )

Jangan Bersahabat Dengan Orang Yang Sangat Kasih Pada Dunia
Barangsiapa yang bersahabat dengan orang seperti ini adalah umpama racun yang akan membunuhnya kerana tabiat kawan itu akan menjadi ikutannya. Sabda Nabi s.a.w: “Sangat kasih kepada dunia itu kepada segala kejahatan dan kesihatan.” ( Ibnu Abid-Dunya dan Al-Baihaqi )

Maksud kasih kepada dunia di sini ialah perkara-perkara yang bertentangan dengan suruhan atau larangan Allah S.W.T. dan Nabi s.a.w.
Walaupun ia seorang peniaga, tetapi di dalam perniagaannya itu mengikut suruhan dan meninggalkan larangan Allah dan Rasul-Nya s.a.w serta ia mengingati Allah, dikira agama (ibadatnya). Sebaliknya jika ia beribadat atau beramal tidak mengikut kehendak Allah dan Rasul s.a.w atau ia lalai daripada Allah dan mengingati dunia, ibadat itu dinamakan dunia, walaupun pada asalnya ibadat itu adalah agama. Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang melakukan sesuatu perbuatan ( amalan ) yang bukan daripada perintah kami, maka ia adalah ditolak.”

Orang Yang Benar Perkataannya ( Jujur )
Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian akan membawa kepada kebinasaan dunia.
Sabda Nabi s.a.w: “Tiga perkara barangsiapa yang ada salah satu daripadanya, maka ia munafik meskipun ia berpuasa dan solat. Apabila bercerita, ia berbohong, apabila berjanji nescaya ia menyalahi janjinya, apabila diberi amanah, ia khianat.”

Siapakah Sahabat Yang BaikSeorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in