|
Kediaman rasmi aku buat sementara waktu ini...... |
|
|
Hari ini aku memang rasa sangat-sangat tercabar sebab buat kali pertama aku merayau-rayau di pekan Labuan dengan ditemani pelajar aku..itupun nasib baik dia nak ikut aku....ini semua adalah cabaran buat aku yang tinggal di perantauan ni. Kalau aku selalu bergantung pada orang dan sahabat aku memang lah aku manusia yang paling teruk dalam dunia ni ..aku tak suka bergantung kepada sesiapa pun sebab aku dari dahulu biasa berdikari....tapi sejak kebelakangan ini Allah menduga aku dengan pelbagai dugaan untuk mengajar aku hidup lebih berdikari..aku bukan anak manja mak dan ayah aku lagi...aku dah kena hidup berdikari..dulu bila aku dekat rumah aku dikelilingi oleh keluarga ku...ada kakak dan adik-adik serta ipar yang sentiasa menghulurkan bantuan.... aku tak pernah rasa hidup susah dan aku tak perlu risau walaupun aku berhadapan dengan masalah yang besar tapi kini aku keseorangan di perantauan dan aku pertama kali belajar bahawa hidup aku perlu berdikari.
|
Rumah aku yang sentiasa lapang dan kemas..sebab tak de barang da..semua yg ada hanya barang asas saja. |
Masalah pertama aku di Labuan adalah kenderaan....aku tak ada kenderaan kat sini ...dah empat bulan aku di sini memang susah hidup aku kat sini sebab terpaksa menumpang orang ...sampai bila aku nak menumpang..waktu orang suka boleh lah....tapi kalau orang tak suka....tak kan nak terhegeh-hegeh menumpang orang...Hari ini aku dah nekad aku keluar ke Labuan
kononnya nak keluar seorang diri tapi rupanya aku ni penakut juga ..bukan takut sesat tapi takut nak naik kenderaan awam...jadi nasib pelajar aku tu nak ikut aku jadi dialah temankan aku merayau-rayau.
|
nak beli motor ke...kereta...istikarah dahululah....2011 aku buat keputusan |
Merayau punya merayau akhirnya kami pergi window shopping alat elektrik...ingatkan nak window shoping je alih-alih ada offer sampai 30% pula tu..dua bulan lalu aku memang nak beli mesin basuh ngan peti ais yang sesuai dengan akulah..
.standard aku je..buka branded punya oranglah...kat labuan ni barang elektrik memang mahal berbanding dengan semenjung dan sabah..kataje pulau bebas cukai tapi barang elektrik mahal gila-gilalah... akhirnya setelah 5 buah kedai kami merayau aku buat keputusan beli ....jangan tak beli.. gaji tak masuk lagi...jadi apa lagi yang ada kalau bukan duit plastik aku.. jadi cucuk ajelah...akhirnya aku beli mesin basuh dan peti sejuk . Sekarang aku tak perlu basuh baju dengan tangan lagi dan tak perlu makan ikan bilis dansardin lagi sebab boleh beli ikan dan makanan lain...inilah cabaran selama empat bulan aku makan makanan segera je kecuali hari sabtu ahad sebab boleh keluar beli ikan dengan sayur. Selama ini tiada siapa yang tahu yang aku ni makan ikan bilis dengan sardin dan paling menyeksakan aku terpaksa makan sayur yang layu sebab kalau dah beli dua hari tak simpan dlm peti sejuk alamatnya layulah..alhamdulillah sekarang aku beli peti sejuk jadi boleh borong sayur dan buah untuk satu minggu...
Masalah seterusnya bila dah beli mesin basuh...bila mesin sampai..
1. paip air ngan mesin jauh
2. plug pula jauh..
|
nak tau berapa harga ni....RM5885.00....boleh beli motorsikal baru ..aku beli SAMSUNG 7KG AUTO W90V3 |
bila tarik mesin dekat dgn plug..jauh dari paip..tarik dekat dengan paip jauh dari plug...alahai..extantion wayer pula tak dak kat rumah aku ni..nak pergi pinjam kat mana...nak keluar beli kena pergi bandar balik..aduh..pusing-pusing..at last aku merayau-rayau kat dalam kolej mencari solution...akhirnya setelah hampir satu kolej aku tawaf aku 'jumpa' satu extantion wayer....
esok aku pulangkanlah...
p/s mesti tuan dia cari esok...ha..ha..ha.. nakal juga aku ni..sebab hari ini aku nak membasuh baju yang dah hampir seminggu tak berbasuh sebab tangan aku terkehel....orang tak tahu betapa sakitnya tangan aku ni..yang terkehel ..tak bersebab..nak kena cari tukang urut lah pula...
|
nak beli yang macam ni tapi...tengok bujet lah...aku beli yg satu pintu je...SAMSUNG RA19FCTS |
Sepetang aku membasuh dan mengeringkan pakaian aku dalam rumah sajalah sebab hujan tak boleh nak sidai di luar. Sekarang ni satu rumah bau soflan...rasa macam kedai dobilah pula..
Sambil membasuh aku memasak dan makan apa yang ada lah sebab tadi sempat juga aku suruh apek drebar taxi berhenti beli sayur dan buah-buahan kat peladang..untuk bekalan aku tiga hari sebab lagi tiga hari aku balik kampung..ye..ye..ye.. aku nak balik Kedah..aku rindu kat rumah dan adik beradik aku.. kebetulan 23 hb tu adik beradik aku masih ada kat kedah sebab anak sedara aku kawin....makngah jugalah yang belum pasti tarikh lagi ni... apapun KUN FA YA KUN dan Allah yang Maha Mengetahui...Kita merancang tapi Allah yang lebih merancang untuk kita..Aku hanya mampu berusaha dan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan aku dan perkahwinan aku adalah hak Allah dan aku yakin Allah mengaturkan yang terbaik untuk diriku. Semoga Allah merahmati kami dalam perkahwinan yang diredhai dan diberkati di dunia dan akhirat.AMIN
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment