kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Wednesday, December 15, 2010

Rindunya kat adik beradik aku....hu..hu..hu..

Tiba-tiba je bila terbangun dari tidur (tidur lepas Isyak 7.45mlm..Labuan kan awal) teringat kat semua adik beradik Shikin. walaupun baru semalam FB ngan Adik (Shahrizal) tapi yg lain semuanya tak tanya khabar beritapun kat orang D'perantauan ni..Sedih sebab bila tadi Shikin fikirkan inilahkalau dah berada di perantauan seorang diri bila ada masalah tiada tempat mengadu. Kalau ada dekat dengan keluarga tentu Shikin boleh mengadu sekurang-kurangnya kalau membebel ada juga adik beradik nak dengar.. Ini tinggal di perantauan sorang diri nak mengadupun takut membebankan orang lain.

Walaupun Shikin ini kaunselor Shikin juga tak lepas dari menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan....tekanan ni biasalah..dulu kalau Shikin tertekan tempat rujukan paling utama adalah mak..tapi sekarang mak dah tiada jadi Shikin nak mengadu pada siapa...hubby..adik beradik...kawan....semuanya tak macam mak yang boleh faham Shikin..sedih rasa hati ini.Mak walaupun tak banyak cakap tapi seorang pendengar yang setia..Shikin selalu bercerita dengan mak tentang perasaan Shikin tapi selalunya berlapik sebab semasa hayat mak sakit darah tinggi dan gout jadi dia tak boleh tertekan sangat..jadi kalau ada masalah besar sekalipun Shikin akan cepat atasi sebab bila balik kerja muka tak manis dan tention mak selalunya akan bercakap tentang perkara-perkara yang luar dari topik dan kadang-kadang mak akan bawa bercerita tentang  zaman dia kanak-kanak dan juga cerita dengan ayah dulu..jadi bila tention pun terus hilang tention dan selalunya last sekali baru dia tanya benda apa yang duk pikiaq sangat tu?..Tu lah mak orang yg sangat berhemah walaupun belajar hanya darjah dua tapi ilmu psikologi dia mengalahkan orang yg ada PhD.Mak adalah penasihat peribadi Shikin ..
Cucu sulong Muhammad Shahir Firdaus n Nur Afiqah Shahirah
Sedih rasanya bila ingat masa mak ada dulu Shikin sangat takut kehilangan mak sebab mak selalu sakit dan tak pernah sihat macam mak orang lain. Bila tengok mak orang lain sampai tua pun masih mampu buat kerja di kebun dan kerja rumah serta jaga diri sendiri tapi mak Shikin sejak ayah meninggal 24 September 1992 ... mak tak pernah sihat dan dugaan dan ujian yang mak hadapi adalah sakit yang bertimpa-timpa hinggalah kadang-kadang doktor pun tak dapat kesan penyakit  yang ma hadapi..tapi mak seorang yang sangat tabah dan hanya disaat akhir hayatnya sahaja yang dia tak kuat lagi...dan seolah-olah pasrah dengan takdirnya...

Shikin sedih sangat bila  Shikin 'tersilap' cakap menegur orang lain tentang ibu mereka...Shikin sedih bila tengok orang berkasar dengan ibu mereka sedangkan mereka  beruntung kerana masih mempunyai ibu untuk bermanja...dan terdapat sesetengah anak tu  sanggup mengeluarkan kata-kata kasar pada ibu yang melahirkan mereka.....walaupun sekadar gurauan tapi apakah mereka tidak berfikir yang gurauan tu boleh mengguris perasaan dan hati kecil ibu mereka....Shikin akui Shikin memang sensetif sangat kalau tengok sikap-sikap biadap yang dianggap gurauan oleh sesetengah pihak...

Shikin sedar kadang-kadang cara dan didikan kita yang menjadikan diri kita..dulu masa kali pertama Shikin dengar orang cakap 'aku' dengan  mak dan ayah mereka pun dah terkejut apatah lagi  bercakap dalam nada menyindir...kalau mak Shikin dulu kita jeling pun dia dah terasa hati apatah lagi kalau cakap kasar....mungkin salah Shikin kerana menyamakan mak orang dengan mak Shikin ...tapi hakikatnya  mak tetap mak...mengapa kita sanggup mengeluarkan kata-kata kasar dan menghina pada insan yang melahirkan kita ke dunia ini.

Mak segala-galanya tapi Shikinpun selalu mengecilkan hati mak dulu terutama kalau mak cakap dia nak pergi rumah adik beradik yang lain...sebab Shikin tamak dan cemburu dengan kasih sayang mak...Apa sahaja yg mak hendak Shikin akan cuba adakan dan kalau mak merungut nak ke rumah adik beradik lain Shikin akan bawa dia..Tapi Allah menguji Shikin dengan kasih sayang mak...saat akhir mak Shikin selalu sakiti hati mak dengan sikap cemburu terhadap adik beradik lain...Shikin sedih kalau mak nak pergi rumah orang lain...Shikin selalu merajuk dengan mak. Tapi sekarang Shikin dah tak boleh merajuk lagi sebab mak dah tiada di dunia ini..kalau nak merajukpun  rasa tak de sapayang akan pujuk lagi.......................


Buat semua pembaca ,saudaraku, sahabatku ,anak didikku dan anak-anak saudaraku ..hargailah ibu dan ayah yang masih ada bersama anda kerana walau engkau meminta setiap dosa  ibubapamu ditimpakan ke atasmu..jasa dan budi mereka tidak mungkin akan terbalas....walau air mata darah sekalipun kau menangis mereka tidak akan kembali lagi seandainya mereka telah kembali ke sisi kasih yang abadi...


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in