kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, February 1, 2011

Siapa kau ....dihatiku: HUBBY KU vs SSB KU

Ini kaedah photoshop..mula nak letak image kepala kartun je tapi...baik Shikin lak gambar manusia yg menjadi pujaan ramaikan...DOAKAN  SHIKIN AKAN MENEMUI CINTA SEJATI..TIDAK DI DUNIA MUNGKIN DI AKHIRAT KELAK..
Alhamdulillah sejak dahulu sehingga sekarang Shikin bersyukur kepada Allah SWT kerana Shikin sentiasa berada dalam lingkungan orang-orang yang menyayangi Shikin.. Shikin selalu rasa bahagia dengan apa yang Shikin miliki dalam hidup ini....tetapi Shikin tak nafikan  Shikin juga sering kecewa dalam hidup ini tetapi syukur kepada Allah setiap kali Shikin tersungkur Shikin akan menemui jalan yang baru untuk Shikin rawat hati Shikin..

Sepanjang perjalanan hidup sebagai seorang perempuan yang sememangnya pelengkapnya adalah lelaki Shikin sangat beruntung sebab walaupun tak ada hubby.... sebelum ini Shikin sering ada insan yang Shikin anggap sangat rapat dan sangat memahami Shikin....yang sering ada disisi Shikin untuk menemani Shikin walaupun hanyalah sebagai seorang sahabat.Memang Shikin akui semua orang ada sahabat baik  yang sama jantina tapi Shikin maksudkan sabahat baik yang tidak sama jantina yang mana Shikin boleh berkongsi perasaaan malahan meluahkan perasaan tanpa ada perasaan lain.. seikhlasnya sahabat itulah SSB Ku (Special and Steady Boyfriends).
Mungkin ramai yang tak percaya bahawa   kawan yang tak sama jantina ini boleh bersahabat baik walaupun banyak fitnah tapi Shikin yakin keikhlasan itu yang sangat penting..
Shikin memiliki sahabat yang sangat baik dan sangat memahami Shikin kebetulan mereka semua ini dah jadi suami orang jadi Shikin rasa lebih selesa buat sementara waktu ini Shikin tak sebutkan nama mereka di sini. Tapi hakikatnya kehadiran mereka tak serentak dalam hidup Shikin sebab mereka silih berganti..dari zaman Shikin sekolah rendah sampailah ke sekarang ..orangnya tak sama sebab keadaan dan masa menyebabkan kami terpisah dan mungkin itulah takdir kami menjadi sahabat dunia dan akhirat (insyaAllah) ....bila Shikin hitung semula jumlah mereka ini sebenarnya tak lah ramai tapi memang merekalah tempat Shikin mengadu bila Shikin berdepan dengan masalah dalam hidup Shikin..Tapi Shikin rasa mereka sendiri tidak pernah menyedari bahawa kehadiran mereka dalam hidup Shikin sangat bermakna..
Masa sekolah rendah Shikin ada seorang  kawan namanya Abu Bakar Adnan memang baik sangat dan kami boleh kongsi makan sepinggan dan memang Shikin baik dengan dia dari darjah 1 sampailah darjah 6 dan Shikin boleh cerita semua masalah dan rahsia hidup Shikin dengan dia...Tapi bila Tingkatan  1 kami dah terpisah. Lepas tu masa Shikin sekolah menengah Shikin ada abang Nasha...sebab abang Nashalah satu-satunya abang yang Shikin boleh pinjam dalam hidup Shikin sebab Shikin tak ada abang jadi memang dialah tempat Shikin meluahkan perasaan..sampai dia kahwin lepas tu hidup Shikin berkisar dengan perjalanan hidup sebagai seorang guru...Masa di  IPSI ..Shikin ada Abang Wan...yang semua orang anggap dia boyfriend Shikin tapi hakikatnya Abang Wan memang sangat rapat dan masa kat IPSI dialah tempat Shikin nak menangis sampailah masa praktikum pun kami tetap bersama.

Bila dah posting ke Langkawi SK Kuah ..Shikin ada seorang kawan yang sangat rapat dan dia seorang Ustaz ..dia banyak ajarkan Shikin tentang selok belok agama dan banyak juga kata-kata hikmah dalam bahasa Arab yang Shikin dapat hafal kerana berkawan dengan dia..kata orang kalau berkawan dengan orang alim sepotong hadis terhafal jua..Bila orang tengok kami mesra macam biasalah ada yang menfitnah..tapi bagi Shikin dia adalah sahabat Shikin sampai bila-bila.... Shikin akan ingat tarikh lahir dia 11.1.1971.

Sebaik sahaja Shikin bertukar ke  SK Seberang Nyonya ketika ini Shikin hilang sahabat baik Shikin gara-gara fitnah dan juga gossip liar yang menyebabkan  Shikin menjauhkan diri dari dia dan akhirnya biasalah bila dah jauh di mata maka di hatipun semakin jauh. Semasa di sini Shikin rapat dengan Guru Besar Shikin dan dia memang sangat baik dengan Shikin sebab dia anggap Shikin ni macam adik dia juga..dari dia Shikin belajar banyak tentang komputer dan dialah pembakar semangat Shikin untuk sambung belajar...kan untung jadi Shikin sentiasa ada orang yang beri semangat..itupun timbul juga fitnah sampai kata kami ni ada skandal..tapi Alhamdulillah akhirnya Shikin sambung belajar dan masuk UPM Terengganu.

Masa di UPM Shikin ada seorang sahabat yang juga pangkat abang..yang Shikin panggil Along sebab dia ni orang Perak. Dan memang sangat rapat sebab Along Shikin ni memang banyak tolong Shikin terutama bab pelajaran dan dia banyak juga bagi nota masa kat kelas ..biasalah Shikin ini memang sangat beruntung sebab Along Shikin ni memang genius..tapi classmate tak tau pun Shikin panggil Along kat dia sebab biasalah takut kena fitnah sebab  masa kat U  kehidupan jauh berbeza...sampai kami graduate Shikin bersyukur sangat sebab Shikin ada Along... bila keluar universiti Shikin posting balik ke Kedah..segalanya berubah tetapi Shikin tetap tidak berubah tetap ada seorang sahabat dalam hidup Shikin.

Shikin ada sahabat yang sangat mesra hinggakan kalau Shikin susah hati tengah malam pun kalau Shikin miss call dia akan akan datang jumpa Shikin atau kalau tak boleh datang pun dia tetap akan  spend masa untuk bercakap dengan Shikin..Shikin selalu cakap.."I need you shoulder now..."dan dia faham sangat memang Shikin tak boleh tahan nak menangislah tu...tapi tak lah Shikin nangis pun depan dia sebab dia selalu buat lawak..macam mana nak menangis.. Kami baik sangat hinggakan mak Shikin dulu selalu cakap kenapalah tak kahwin je dengan dia sebab mak Shikin memang berkenan habislah dengan dia...sebab dia ni memang pandai ambil hati orang tua-tua..terutama kalau mak sakit dan masuk wad dialah manusia yang pertama akan sampai...tapi dia kan sahabat sejati Shikin jadi memang shikin sayang dia sebagai sahabat sehinggalah Allah bawa kami menunaikan haji pada tahun yang sama...indah kenangan Shikin dengan dia sebab yang tu Shikin kena cerita dalam Chapter Hidupku 34..tunggu...insyaAllah panjang umur Shikin ceritalah tentang dia nanti.
Tapi sekarang dia dah jauh dari Shikin..dia ni manusia yang tak suka internet dan Shikin faham sangat perangai dia..habis sangat kalau dia balik ke Malaysia adalah sempat keluar minum sekali dua ...tapi rasanya dia dah nak balik dah tapi Shikin sekarang dah jauh dari Kedah memang susahlah nak rapat dengan dia lagi...sejak Shikin jumpa dia last Julai 2009..kira tak jumpa dah selepas tu..Mungkin sekarang diapun dah tak ingat dekat Shikin..sebab jauh di mata..jauh ditelinga..jauh dihatilah..Tu kata-kata dia..

Sekarang pun Shikin sangat bersyukur kerana shikin ada seorang sahabat Shikin yang sangat Shikin sayang sebab dia adalah anatara insan yang sering menjadi mangsa untuk mendengar keluhan Shikin. Kalau dia tak nak dengar pun dia paksa diri dia untuk dengar..kalau terjumpa dalam FB sekali sekala tu sempatlah juga chat..Dia ni pun Shikin kenal tahun 2006 dan alhamdulillah dah masuk tahun ke lima kami kenal..Shikin bersyukur sangat ada sahabat yang baik macam mereka untuk shikin berkongsi manja..sebab Shikin tahu semuamereka tahu Shikin ni spesies manja dan habis sangat mereka layan je..Shikin..tapi tak tahulah kalau belakang Shikin mereka mengumpat...kes malanglah tu..Tapi Shikin sangat hargai kehadiran mereka dalam hidup Shikin..merekalah boyfriends Shikin selama ini..Special and Steady Boyfriends  shikin selama ini.Memang sukar untuk bersahabat dengan lelaki tapi itulah hakikat dalam hidup Shikin sepanjang kehidupan Shikin jalani Shikin tak pernah hidup tanpa seorang lelaki..
Ayah Shikin adalah  SSB Shikin yang terunggul tak ada galang ganti sebab dia tempat Shikin cerita semua masalah dan Abang Tam juga kategori SSB Shikin yang tak pernah padam dalam hati Shikin selamanya sebab dia cinta pertama Shikin...sebab setiap kali Shikin kecewa atau putus cinta Shikin akan teringat pada dia...mungkin kalau dia terbaca entri ni  baru dia faham kenapa Shikin tak boleh buang dia dari diari hati Shikin..Tapi Shikin sangat bahagia sebab Shikin sedar selama ini Shikin ada SSB yang sangat melayan Shikin dan memanjakan Shikin. Semoga mereka bahagia dunia akhirat dan sentiasa di rahmati Allah SWt..terima kasih kerana pernah menjadi  telinga tempat Shikin mengadu...semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat mereka dunia dan akhirat di samping insan-insan yang mereka cinta,kasih dan sayang...Amin

Pernah orang bertanya..tak ada perasaan langsungkah antara kami? Hakikatnya memang ada terutama bila timbul fitnah atau umpatan orang..ada jugalah terfikir boleh ka nak kahwin dengan sahabat baik ni?.Tapi bila diSIFIR di Congak kan...adalah lebih baik menjadi Special and Steady Boyfriend dari menjadi Hubbyku sebab kasih sayang itu tetap kekal abadi sampai mati..kalau jadi "Hubbyku" bila putus ditengah jalan segalanya akan terkubur bersama kenangan.....tinggal kenangan sajalah..tambahan pula kenangan yang menyakitkan hati.... mana lebih baik??????

Itulah FAZNASHA....gabungan semua nama SSB Ku..yang akhir menjadi nama penaku dan alamat email ku...kebetulan je sebab nama Faznasha ni memang guna sejak  tingkatan 1 lagi...


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

1 comment:

cik ungu said...

hot gile akak time sekolah.

faham2.bile kite baek ngan lelaki mesti orang mengata macam2.padahal kita memang niat nak kawan je.orang suka buat cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in