kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, April 22, 2011

MARKAH PRESTASI............penting kah????

iNILAH kawasan luar  bilik KLINIKKAUNSELING IPDA yg  shikin  siapkan seorang diri thn 2010..walaupun tahu tak disenangi  Ketua tapi  Shikin pegang prinsip..Allah Yang Maha Menilai

Artikel ni  adalah tulisan Dato' Adilah Shek Omar:::::::bacalah...shikin nak tokok  tambahje...
Kelayakan yang tinggi tidak menjamin masa depan yang cerah. Tetapi ini tidak bererti pelajaran itu tidak penting. Sekurang-kurangnya kita mesti memiliki kelayakan asas. Tanpa kelayakan minimum, kita tak boleh bekerja dengan kerajaan. Untuk kerja dengan kerajaan, kita mesti lulus subjek Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. (janji  cukup kredit lah....tp kalau kabel besaq takda kelulusan pun boleh kerja gak..tak   caya????ramai  kat  jabatan kerajaan)

Kerja dengan kerajaan, ada baik ada tak baiknya. Kalau kita nak masa depan yang stabil, eloklah berkhidmat dengan kerajaan kerana ada kemudahan pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan pencen. Pencen untuk menyara hidup tua kita. Tapi kalau kita nak hidup senang-lenang berselimutkan wang ringgit, jangan kerja dengan kerajaan. Buat bisnes sendiri. Lagipun, sabda Rasulullah ,99% rezeki adalah melalui perniagaan. (sangat setuju...tapi janganlah nak meniaga  time  waktu kerja pula...nakmeniaga  buat  waktu senggang..rezeki  yg kita  makan jangan subhah sebab  tamak  nak 100%  rezeki...gajinak..niagapun nak)
Hias  dan  buat semua  kerana Shikinmemang  suka  menghias  dan suka  benda  yang  indah...walaupuntahu hanya akan  bertugas  sehingga 31Julai 2010  saja  Shikin  tetap buat  sbb  nak tinggalkan  legasi buat  intitut  yang  Shikin sayang
Realitinya, jawatan tertinggi dalam kerajaan tidak banyak. Kena tunggu bertahun-tahun untuk naik pangkat. Kena bersaing untuk menonjolkan diri kita. Ada orang yang bekerja dalam sektor awam – dari mula masuk kerja sampai pencen, pegang jawatan yang sama. Mungkin dia kaki ponteng. Mungkin dia “low profile”. Mungkin dia tidak lulus ujian Jabatan dan PTK. Mungkin usahanya tidak cukup untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat. (haaaaaa....bab  ni   memang  tepat  sangat..kalau  setakat  duk  tunggusaja  jangan mimpilah...bodek..kirap punkena  pandaijuga...MARKAH  PRESTASI  KENA  LEBIH  PADA 85%  ...jangan  duk  mimpi nak  naikpangkat  kalau  markah  sama  dengan PESAKIT  MENTAL!!!!)
Walaupun banyak spekulasi dan fitnah  Shikin redha...sebab  ituujian Allah utk Shikin  ...bahan2pameran  semua  hasil  idea dan tangan  sendiri..
Ada orang baru tiga tahun bekerja, dah dinaikkan pangkat. Cepatnya. Mungkin juga dia pandai membodek. Mungkin dia rapat dengan atasannya. Atau mungkin “networking”nya hebat. Mungkin dia memang seorang “high flyer” . Atau mungkin tidak ada calon lain yang lebih layak. Itu rezeki namanya.(rezeki memang  bukan  hak  kita..tapikena  USAHA...tapi janganlah sampai  buang  pasir  dlm periuk  orang)
Harap  orang  baruyang  ambilalih hargai...kalau tak  sudi  buang  sajalah....tapi  Shikin puas sebab  boleh buat  sesuatu utk  institut  yg  Shikin sayang
Ada orang pada awal karier, cepat naik pangkat. Pada hujung perkhidmatan, sangkut di gred yang sama untuk selama lebih 10 tahun. Kena mandi bunga agaknya. Tuah atau rezeki? Bergantung kepada keadaan. Siapa atasan kita? Berapa markah laporan prestasi kita? Apa sumbangan kita? Apa kepakaran kita? Siapa pesaing kita? Bagaimana pula persekitaran politik pada waktu itu?
(cerita Shikinlahtu....nak buat  macam  mana  19  thn  kerja ...tp  tak  lah sangkut...alihalih  thn ke 18 ngan 19 MARKAH PRESTASI   Ketua Jabatan  bagi  sama dengan  pesakit  mental....hampehhhhhhh..Alhamdulillah..ada hikmah..biarlah  org  nak  nilai..AllahMaha Adil..rezekihakAllah..takpalah nak  naik pangkat  pun tak  layak,mohonbiasiswa lagilah, nakminta  naikpangkat..MIMPILAH!!!!!!!!)  ..
ini...sebelum  Shikin ambil alih...dah  tak dipakai   bilik  kaunseling  lama  ni..jaditempat longgokkan  bahan terbuang ..gambarni  kira  dah kemas seblum  mengecat  semula
Malanglah bagi mereka yang bekerja bersungguh-sungguh, mempunyai kelayakan secukupnya, berpengalaman dalam bidang kerjanya, mempunyai rekod kerja bersih, tidak ada tindakan tatatertib, ada pengalaman bekerja di luar negara, lulus PTK dengan cemerlang tetapi orang lain yang tidak ada kelayakan dan pengalaman sedemikian yang diberi kepercayaan dan dinaikkan pangkat. Apa boleh buat, pasrah sajalah.(Markah  prestasi penting..jadi nasihat  Shikin rajin2lah  ambik tahu..lagi satu kalau dah dapat peluang  jgn  tolak...sbb  peluang  takdatang  banyak kali..tapi untuk SHIKIN PELUANG  TAK AKAN TERTUTUP SEBAB SHIKIN INSAN YANG  SANGAT  BERTUAH....tunggulah ganjaran  ALLAHSWT..amin) 
nilah  keadaan  asal di  bilik  ni..tempat  pembuangan  sampah..!!!!!!
NOTA: Kalau rasa tak bahagia bekerja dengan sektor awam, isilah borang opsyen untuk bersara awal.http://adilahshekomar.blogspot.com


Kesian makchik  tukang  sapu  dan pekerja  am  yang  tolong..Shikin kenduri makan  sikit-sikit  untuk  basahkan tekak...sampaideman   jugalah  depa  tolong  cuci n cat semula
Allah berfirman yang bermaksud: “Jika kamu bersyukur terhadap nikmatku, nescaya Aku tambahkan lagi, sekiranya kamu kufur (ingkar), sesungguhnya azabKu adalah sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman Allah yang bermaksud: (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadah pada waktu malam dengan bersujud dan berdiri kerana takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” (Surah az-Zumar, ayat 9)

BERUSAHALAH untuk mendapat ganjaran tinggi dari Allah, seseorang itu mestilah sentiasa menambahkan usaha dan meningkatkan amal. Ini membuktikan adanya perubahan. Dan setiap perubahan itu mestilah ke arah yang lebih baik. Allah memberi jaminan bahawa segala yang dilakukan itu akan disaksikan bukan saja oleh Allah dan rasulnya, tetapi juga orang mukminin lain. Yakinlah rezeki Allah itu sangat luas   dan biarlah manusia  menilai  dan menghukum  tetapi  Allah yang  mengurniakan segala-galanya..Mintalah rezeki pada Allah bukan  pada manusia.
bahan-bahan  yang  rasa bolehpakai Shikinkutip  sebab  sayang  hasill  kerjaorang  lama..boleh buat  rujukan....tapi balasannya Ketua Shikin bagi MARKAH PRESTASI 2009&2010 lebih  rendah  dari Pesakit  Mental  yang  Shikin uruskan...memang  markahtu tak  layak  untuk mohon apa-apa...takpa  MOHON PADA  ALLAH SWT  sahaja..ALHAMDULILLAH
“Sesungguhnya Kami sediakan neraka Jahanam itu untuk jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi mereka tidak cuba memahami, mempunyai mata tetapi tidak berusaha melihat (nikmat Allah), mempunyai mata tetapi tidak berusaha melihat (nikmat Allah), mempunyai telinga tetapi tidak mendengar. Mereka umpama haiwan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-Aqraf, ayat 79)






:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

1 comment:

Woofer Storm said...

baru gak sis keluarkan entry pasal majikan yang zalim semalm..moga tak dpt lagi majikn sebegini.dtg sni nak follow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in