Darwishah...anak Intan...Alhamdulillah termakhbul doa nak baby boy |
Anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai kepada kedua ibubapa. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Kita merancang tapi Allah SWT yang menentukan segala-galanya......
Sofe...eeiiiiii geramnya kat adik ye.....selamba je muka Darwishah baru cukup sebulan... |
Bagiku anak-anak ibarat rebung, tergantung kita bagaimana melenturkannya . Mereka juga tidak mampu melindungi diri sendiri, cuma mengharap perlindungan dari orang dewasa untuk berdikari. Bagai kain kanvas putih yang sedia untuk dicorakan oleh ibubapa dan juga pengaruh daripada persekitaran. Beruntung bagi mereka yang memiliki anak sedangkan ramai yang belum memiliki anak sendiri walaupun sudah lama berkahwin...inikan pula aku yang belum berkahwin.
Amani dan Darwishah ...saling tak tumpah muka Shaiful |
Hebatnya ciptaan Allah..Dia berhak menentukan segalanya. Allah berfirman dalam Al Quran, Surah Al Mukminun ayat 14 yang bermaksud; “Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang , lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging, kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.”Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50). Inilah ayat yang sangat signifikan dengan kelahiran Darwishah yang mana doktor menyatakan perempuan tetapi Allah SWT mengetahui segalanya dan itu adalah hak Allah.Bagi ibubapa yang nak anak lelaki banyak-banyaklah berdoa pada Allah...Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Maryam: 5-6). Amal doa ini dan bacalah nama Allah Ya Musawwaru...Yang Menggambarkan..setiap hari dan minta pada Allah anak itu anak lelaki. Dan boleh cari pelbagai petua tapi yang menentukan adalah Allah SWT.
Walaupun baru kali pertama aku pegang Darwishah dia macam dah lama kenal ..mungkin sbb masa mengandung selalu duk sembang dengan Intan dan dia cam suara lah tu... |
Buat Intan dan Shaiful serta semua saudaraku ingatlah : “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti. Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak.
Seronoknya dapat dukung baby...InsyaAllah rezeki itu adalah hak Allah ..kita perlu yakin dan berdoa dan berusaha..akhirnya bertawakkallah padaNYA |
“Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6).
Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan. Tapi janganlah bebankan anak-anak dengan cita-cita kita yang belum selesai.....
Oleh itu, cuba tanya diri kita. Bersyukurkah kita dengan angugerahNya? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Adakah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW kita terapkan?
Berbahagialah kerana Allah memuliakan dirimu bergelar seorang IBU dan BAPA.
)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment