kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, January 10, 2011

Siapa kau...dihatiku?

Mulai  kelmarin aku terfikir untuk menambah satu lai tajuk dlm blog aku ni.....SIAPA KAU....DIHATIKU?...Cik...itulah panggilan yang dipanggil oleh Hjh Sofeah (mak chaq Piah) kat mak aku yang kebetulan masa tu mengambil upah menggosok baju di rumahnya..semua ini semasa kami menetap di Jalan Pegawai..hampir 10 tahun mak aku jadi 'orang gaji' kat sini....sebenarnya bukanlah hina menjadi orang gaji dan aku tidak malu bergelar anak orang gaji...mungkin bagi orang lain mereka bernasib baik mendapat suami yang kaya dan mampu untuk menyara keluarga...ayahku hanyalah seorang mekanik dan  mak bekerja untuk membantu meringankan beban ayah ....dan aku sangat-sangat beruntung kerana memiliki mak dan ayah yang sentiasa mementingkan pelajaran anak-anak serta berusaha untuk memenuhi semua keperluan anak-anak..Mungkin ketika aku di zaman sekolah orang tidak tahu aku anak orang susah dan malah tidak pernah percaya aku anak orang susah sebab semua yang aku perlukanuntuk pelajaran tidak pernah kurang...aku bukanlah nak bercerita tentang mak...tapi tentang 'orang gaji' atau pembantu rumah..
Dulu cita-cita nak jadi surirumahtangga sepenuh masa yang ada PhD........
Kerja rumah merupakan kerja yang sangat mudah???????  Setelah aku hidup sendirian selama 5 bulan di Labuan...baru aku merasa perit dan siksanya membuat kerja-kerja rumah sendirian...Itulah selama ini aku selalu berangan-angan nak menjadi surirumah sepenuh masa tapi kini bukanlah kerjaya  pertama impian ku lagi...sebab aku sememangnya sarender bab kerja-kerja rumah ini.....
boleh kah aku melayan....sedangkan selama ini akuyg dilayan bagaikan puteri.....
Aku beruntung selama aku tamat pengajian di universiti terus  balik tinggal dengan mak dan disebabkan mak akukurang sihat tak seperti orang lain ....aku membuat keputusan untuk mengupah seorang pembantu..alhamdulillah sejak 1999 aku ada Kak Cik  (aku sendiri lupa naama sebenar dia) yang setia dengan aku yang mana aku bayarkan upah untuk membantu mak dan menggosok pakaian aku..dan kadang-kadang Kak Cik akan membantu mengemas rumah dan menyuci benda-benda kasar terutama  yang melibatkan habuk sebab aku ini memang orang yang taktahan habuk..
Harap-harap hubby aku nanti mejadi pembantu rumah terbaik buat aku..he..he.he
Kak Cik  terus mengikut aku walaupun mak sudah meninggal dunia dan aku berpindah ke rumah sendiri..kak Cik kata walau jauh macam mana selagi dia mampu dia akan pergi ke rumah aku...Alhamdulillah  walaupun hampir 10 km jarak Teratak Aish dengan rumah Kak Cik dia tetap berulang alik. Kini aku berpindah ke Labuan.....baru aku tahu betapa susahnya membuat kerja-kerja rumahyang selalu dibuat oleh kak Cik...selama lima bulan ini aku selalu teringatkan  Kak Cik sebab setiap kali dia datang menggosok pakaian aku atau mengemas manakala  aku akan  memasak untuk dia sebab dari pagi sampai ke maghrib selalunya 8.30 ke 6.30 petang dia akan berada di rumah aku. kadang-kadang tu dia buat kerja rumah..aku ni berdengkur lagi kat bilik..dan memang masalah utama aku lepas balik swiming (7.00-9.00am) aku akan tidur...pukul 11barulah aku bgn tengok apa yang nk dimakan dan masa nilah aku selalu masak special sbb ada masa panjang.
Tak nak pakai orang gaji  ke?...duk sorang pun pakai org gaj?....
Kak Cik yang dari seawal 8.30 pagi akan mula dengan mengemas apa yang patut terutama habuk-habuk dan dia kan mengemop lantai dan sehingga jam 11 pagi bila aku turun dari bilik aku rumah biasanya dah kemas dan bersih dan dia akan tanya apa yang nak buat..selalunya dalam seminggu ada-ada jelah projek nak buat..cuci tingkap, cuci langsir dan cuci kipas. Sebaik saja siap aku dalam masayg sama selalunya akan memasak...tong-tang,tong tang..klung kang-,klungkang.....siap dan hidang macam makan kat restoran kata Kak Cik...tak pernah tak sedap...mesti dia puji dan siap minta resepi..tapi mungkin sbb nak ambil hati akulah kut...habis makan terus kak Cik solat zohor..dan sebaik sudah solat dia akan mula mengiron baju aku ...yang kebiasaanya aku akan letakkan dalam bakul..aku memang bab membasuh baju memang terror dan lipat terus masuk bakul dan semuanya akan aku tepi tangga..selalunya berbakul-bakullah.baju kerja, baju  pakai siang  dan baju tidur..semuanya aku lipat dan masukkan dalam bakul.. kak Cik akan mengiron baju tanpa ada soalan selagi ada dalam bakul dia akan iron....termasuklah kalau terlepas masuk seluar dalam pun dia akan iron...tapi tak selalulah..Kak Cik memang cekap sebab sepanjang dia iron baju aku tak pernah baju aku terhangus kecuali pernah sekali tu kain aku terbakar sikit adalah sebesar 10sen..punyalah dia risau...sampai suruh potong upah...tapi aku memang tabik dekat dia sebab dia tak pernah merungut sepanjang dia buat kerja kat rumah aku...aku memang teringat sangat dekat Kak Cik yang selalu bercerita dan meluahkan perasaan dengan aku...aku dengan Kak Cik hanya beza 4 tahun dan mungkin sebab tu dia mudah bercerita dan kebetulan aku kaunselor jadi dia selalunya akan bertanya berkenaan pelajaran anak-anak dia..dan pelbagai isu rumahtangga...
Pernah  sekali tu walaupun dia masih dalam pantang dia tetap datang nakgosok baju sebab kata dia kalau dia tak buat kerja mana nak dapat duit..sedih sbb sekali tu dia termengandung lagi dan dia adalah suarakan kat aku kalau aku nak tapi masa tu mak memang tak sihat sangat dan kebetulan tahun yang sama aku pergi Mekah..alih-alih aku balik dia dah bagi anak dia dekat orang....  
Aku  ni kadang-kadang jadi tukang penasihatlah dekat dia..macam tu..sebab dia kata kalau dia pergi kerja kat rumah org lain..susah sebab orang cerewet dan terlalu mengarah dan kadang-kadang lepas cakap..tapi Alhamdulillah sepanjang dia membantu aku senyum ajelah terutama kalau masa nak balik sebab aku memang tak kedekut dengan dia..upah aku bayar ikut jam RM6 sejam jadi 10 jam RM60..minyak motor asing dan ada sajalah bekal yang dia akan bawa balik....kadang-kadang tu sampai penuh raga dan selalunya aku akan hulurkan bahagian belanja anak-anak dia terutama kalau masa dekat dengan buka sekolah dan juga peperiksaan...semua ni aku teruskan apa yang mak selalu buat..kata mak upah tu tak sama dengan sedekah..

pembantu paling seksi..kena ajaar anak2 buat kerja rumah dari kecil kalau tak...jadi macam aku.....
Sememangnya aku teringat sangat dengan Kak Cik ...masa balik hari tu sempat juga jumpa dengan dia dan apa yang sangat mengingatkan aku dekat dia bila 5 bulan aku iron baju sendiri dah hampir 6 helai  kain terbakar dan yang terkini semalam blazer thai silk aku..hu..hu..hu... sebab tulah  yang menyebabkan aku terkenang sangat dekat dia..
Nasib baiklahh tak pakai setrika arang lagi..kalau tak memang semua baju aku terbakar..silap haribulan rumah pun terbakar...
Sekarang ini baru aku tahu betapa sukarnya menjadi seorang suri rumah dan apatah lagi menjadi orang gaji..pembantu rumah..aku tabik spring pada semua wanita yang bekerja kat luar sna terutama kawan-kawan aku yang tak ada pembantu rumah yang bertungkus lumus menyiapkan kerja rumah...dan bersyukurlah mereka yang mempunyai suami yang baik dan selalu membantu isteri di rumah...Tahniah kepada semua surirumah...sekarang aku tahu betapa susahnya hidup tanpa pembatu yang setia...terima kasih Kak Cik..semoga Allah murahkan rezeki Kak Cik dan menganugerahkan anak-anak yang baik dan berjasa pada Kak Cik..sebab Kin pun anak orang gaji juga ...dan Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku memiliki mak dan ayah yang sentiasa mengutamakan pelajaran anak-anak....sebab mak dan ayah selalu berpesan anak perempuan kalau malas belajar nasib tak baik dapat suami yang tak bertanggungjawab hidup akan menderita...jadi perlu belajar sampai berjaya..
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in