kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, January 18, 2011

Sabar dalam menghadapi ujian.....Rahmat Jaafar

Ujian Allah bertujuan menilai sejauh manakah tahap kesabaran manusia, sama ada mereka bersabar atau sebaliknya.

Allah menjelaskan dalam al-Quran bahawa setiap manusia pasti diuji. Manusia pula perlu mengatur persediaan untuk menempuh ujian Allah, bencana atau musibah, agar tidak kehilangan punca, gelisah dan keluh kesah. Malah, manusia perlu mempunyai daya kekuatan, kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Ini sebenarnya memperlihatkan kemampuan manusia bersabar ketika berdepan dengan masalah dan kesukaran hidup dan meyakini setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31)

Firman Allah lagi bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Jelas, ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan takwa dan beriman kepada Allah. Nilai keimanan seseorang bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi pahit getir hidup dengan bersabar. Iman adalah ikatan perhubungan antara manusia dengan Allah.

Ini bersesuaian dengan hakikat Islam yang membina kekuatan dalaman insan dan sentiasa pula mengiginkan kebaikan. Sebagai manusia seharusnya kita tunduk terhadap apa jua ujian Allah dengan sabar. Bagaimanapun, kebiasaannya ramai kecundang apabila menghadapi ujian Allah, mudah putus asa, resah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau cabaran biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan.

Malah, apabila ditimpa kesusahan, kemiskinan, kesakitan dan permasaalahan, kita semakin tercabar dan hilang sabar. Ada pula hampir melupakan bahawa segala yang berlaku adalah kudrat Allah yang mesti diterima dengan sabar. Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Siapa yang ingin bersabar, Allah memberikan kesabaran kepadanya. Dia tidak memberikan seseorang yang terbaik dan terluas daripada sabar."

Ditinjau keadaan dunia hari ini, dalam era globalisasi yang dicirikan ruang siber, teknologi maklumat dan digital, umat Islam tidak terkecuali daripada pelbagai masalah, ujian dan cabaran. Bagaimanapun, pengalaman dan kenyataan menggambarkan ramai antara kita tidak bersabar menempuh ujian dan cabaran.

Malah, ada segelintir umat Islam tidak dapat menerima perubahan dan peralihan struktur sosial, ekonomi dan teknologi, yang akhirnya menyebabkan mereka terpinggir dalam penguasaan teknologi. Ini berkait rapat dengan sikap ketidaksabaran dalam penerokaan ilmu di mana cabaran dan masalah dianggap menyusah atau membebankan. Dalam pada itu, kita sering mudah tunduk kepada tekanan emosi dan nafsu dalam menghadapi persaingan mengejar kemajuan kerana sikap tidak sabar untuk berkuasa. Kita tidak sabar dengan nafsu materialisme hingga memilih jalan mudah untuk mencapai kedudukan.

Malah, ada yang terbabas daripada tuntutan Islam sehingga mengamalkan perbuatan yang terang-terangan bertentangan dengan Islam seperti penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa. Kita juga tidak sabar apabila ditegur atau dikritik walaupun teguran itu untuk kebaikan bersama sehingga mencetuskan krisis berpanjangan.

Kita juga tidak sabar apabila diuji dengan sedikit masalah seperti kesusahan, kerugian, kerenah keluarga, pekerjaan, perniagaan dan pendidikan. Umat Islam tidak seharusnya bercakap kosong, tetapi mampu bertindak berbekal kesabaran di dada, menangani keadaan yang berkemungkinan memudaratkan serta disusuli dengan menunaikan kewajipan kepada Allah dan menyelamatkan diri daripada melakukan perkara mungkar.

Justeru, umat Islam yang mempunyai akidah yang teguh akan mudah menerima bencana, kesukaran, cabaran dan masalah yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia sendiri, perlu sabar menghadapi ujian Allah itu. Allah berfirman bermaksud: "Jika kamu bersabar dan bertakwa, sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan." (Surah Ali Imran: ayat 186)Allah berfirman lagi, bermaksud: "Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Mereka itulah yang mendapat berkat yang sempurna dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah: ayat 155-157)

Ditinjau perjalanan hidup kalangan utusan Allah dan salihin, mereka juga tidak terkecuali daripada ujian dan kesukaran hidup sebelum mencapai kejayaan. Malah, berapa banyak di kalangan mereka yang hidup sengsara dan menderita, tetapi tetap bersabar. Nabi Adam, Nuh dan Muhammad tidak terkecuali daripada ujian Allah dan kesukaran hidup. Nabi Muhammad sendiri bukan sekadar diuji dengan kesukaran menegakkan Islam tetapi dijanjikan kedudukan dan kemewahan dunia oleh kaum Quraisy sekiranya baginda tidak meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam.

Malah, kronologi peristiwa hijrah baginda seharusnya dijadikan iktibar, bagaimana kesabaran baginda berjaya membina kegemilangan negara Islam. Allah berfirman melalui surah Asy-Syaffaat ayat 102 mengenai sikap kesabaran Nabi Ismail apabila bapanya Ibrahim mendapat perintah Allah supaya menyembelihnya sebagai korban kepada Allah. Ismail dengan sabar berkata: "Wahai bapa, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah bapa akan mendapati aku daripada orang-orang yang sabar."

Kita juga sering mendengar riwayat Bilal Rabbah, seorang hamba yang sangat penyabar. Sungguhpun diseksa dan dicaci, beliau tetap bersabar dan imannya tidak pernah berganjak. Kesabarannya mendapat ganjaran di dunia apabila dimerdekakan oleh Abu Bakar as-Siddiq dan pada akhirnya dijanjikan syurga oleh Allah. Dalam suatu riwayat lain diceritakan kesabaran Ammar - anak Yassir dan Sumaiyah, ketika berdepan dengan seksaan kaum musyrikin Makkah. Rasulullah ketika melawat keluarga Ammar, bersabda: "Bersabarlah kamu wahai keluarga Yassir, kesabaran kamu akan dianugerahkan balasan syurga."

Begitulah kelebihan sifat sabar yang bukan sahaja menjanjikan kejayaan di dunia bahkan kenikmatan di akhirat. Justeru, kita perlu menanam sifat sabar pada diri dan ahli keluarga, di samping tidak meremehkan hal fardu kifayah seperti mendalami ilmu pengetahuan, terutama teknologi maklumat agar dapat meningkatkan kehidupan umat Islam dan menjadi umat yang tidak mudah menyerah kalah. Umat Islam akan memperoleh hidayah dan syafaat berpandukan al-Quran dan al-Hadis serta mencontohi ciri kehidupan kalangan ambia, ulama dan orang yang salih. Kesabaran seharusnya menjadi teras yang melatari serta menunjangi hidup kita agar kejayaan dunia dan akhirat akan menjadi milik umat Islam seluruhnya.

Dan Ingatlah.. Bahawa Allah Itu Sentiasa Bersama dengan orang yang bersabar..

Mereka yang beriman akan rela dan sabar menerima apa yang dikurniakan Allah kepadanya di samping meneruskan perjalanan hidup ke arah kebaikan, memperkuat dan memperkukuhkan kesabaran dalam diri sendiri. Sesuai dengan firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah Ali 'Imran ayat 200 yang tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Seorang mukmin yang sejati akan bermodalkan kesabaran dalam menempuh segala macam dugaan. Di hati mereka tertanam keyakinan bahawa setiap kejadian ada rahmat di sebaliknya sama ada kejadian itu diharapkan atau tidak. Namun begitu ia akan bersyukur dan tidak lupa diri apabila nikmat Allah subhanahu wata'ala datang bertandang. Kesengsaraan dan kemalaratan tidak akan mengheretnya kepada lupa dengan tanggungjawab malah ia akan menjadikan segala kejadian yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in