kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Saturday, January 29, 2011

CHAPTER HIDUPKU 20 : Aku CIKGU??????.........Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Pendidikan Guru Sultan Idris.....

"Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya). Dan siang apabila ia lahir terang-benderang. Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.
Minggu orentasi 11.6.1990..
 Segala-galanya adalah ketentuan dan takdir Illahi ..sesungguhnya aku tidak ada sedikitpun  minat terhadap bidang perguruan...tapi itulah yaang telah tercatat di dalam diari perjalanan hidupku...yng sememangnya lahir untuk menjadi guru....11.6.1990 aku mendaftar diri di Institut Pendidikan Guru Sultan Idris yang merupakan institut tertua di Malaysia yang mana dikenali sebagai SITC atau Ibu Kandung Suluh Budiman....Hari pertama aku mendaftar diri aku kali pertama merasa sangat tersentuh dengan lagu dan suasana di IPSI yang terletak ditengah lembah banjaran Titiwangsa yang suasana sangat nyaman dan macam kat London je rasanya...
Ibu Kandung Suluh Budiman,
Obor di malam gelab,
Bina budi penyebar tekad,
Pancaran semangat waja,
Ibu kandung suluh budiman,
Ibu pujaan kami,
Yang berjasa pada masyarakat,
hidup gagah berani,
Ibu kandung suluh budiman,
Dengarlah sumpah setia nan suci,
Selagi hayat dikandung badan,
Kami tetap berbakti........................
  
Setelah berperang dengan emosi  dan pelbagai syarat yang aku tetapkan dengan ayah dan mak ...akhirnya aku akur untuk mendaftar diri...walaupun aku tak siapkan semua persediaan sampai saat terakhir aku masih berperang dengan emosi sendiri.. syarat-syarat aku masa nak masuk IPSI:

1. ayah mesti call aku seminggu sekali
2. ayah mesti hantar surat kat aku selalu
3. ayah mesti kena tengok aku selalu kat IPSI
Ayah aku sememangnya insan yang tidak ada galang ganti dalam hidup aku sebab apa yang aku lalui aku tak akan menjumpai ayah yang sebaik ayah aku yang sememangnya  tak sama dengan ayah orang lain...bayangkan dia memenuhi semua permintaan aku walaupun aku tahu bukan mudah untuk memenuhi apa yang aku minta tapi itulah yang ayah buat dan walaupun zaman ini hand phone bukannya ada lagi  main pakai public phone saja ayah tetap call aku setiap minggu sampai aku praktikum dan kallau aku nak call pula aku akan call ke rumah mak chaq(jiran aku) untuk bercakap dengan mak dan adik-adik aku...aku sentiasa nak dengar berita keluarga aku terutama mak dan adik-adik. Kadang-kadang tu kawan-kawan aku pelik apalah yg aku dok sembang ngan ayah aku...sampai tak pernah jemu..
Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).

Kelas E PSR-PM 1990-1992
Masa masuk IPSI aku ditempatkan di kelas E....bukan maknanya ke lembap tapi..rasanya memangdah ditakdirkan aku ditempatkan di kelas yang sangat mencabar..di dalam kelas aku merupakan pelajar termuda yang masuk makktab jadi ada lagi dua orang yang sebaya ngan aku..Sal,Rantiyem dan Taufik yang lain di kategorikan senior dan super senior..dan nasib aku kat kelas ni...tengah-tengh ada yang sangat sayangkan aku dan ada yang entah kenapa dari awal masuk sampai keluar asyik antikan aku...yang aku tahu dia memang sakit hati sebab aku muda dah masuk maktab tapi ngan Sal tak lah dia anti..tu yang musykil tu..Nama  penasihat..Ustaz Abdul Karim (betul..ke..sbb aku dah lupa sebenarnya)

Sepanjang semester pertama dugaan teguran paling hebat yang aku terima:
"Adik..abang nak minta maaf kalau abang tegur ni adik tersinggung"..tegur seorang senior AJK IKRAM
"Kenapa...ada saya buat apa-apa yang silapke?" jawab aku yang kebetulan memang takut juga bila kena tegur dengan senior dari badan dakwah ni..
"Adik..sepanjang abang lihat adik dalam tiga bulan ni adik memang rajin sangat ke surau. abang suka sangat adik ke surau..tapi bila abang tengok adik di luar abang rasa sedikit terganggu""
"Terganggu?????" terkejut juga aku bila ada teguran macam ni....Suspen-suspen...
"Abang tengok adik pakai pakaian sangat seksi dan sangat mengikut bentuk badan dan tudung yang adik pakai tu tak mengikut syariat."
"Ye ..ke saya tak pakai baju yang terdedah pun....dan saya pakai tudung so.. what?"  jawab aku yang kebetulan dah rasa naik merah muka masa tu.
"Abang tak boleh tahan bila tengok adik lalu depan kelas sebab tubuh adik sangat menarik nafsu abang..."ikhlas punya jawapan..
"Bukan salah saya....saya bukan nak menarik perhatian sesiapa..ini memang pakaian saya" jawab aku yang memang dah mula nak menangis.
"Adik kalau boleh adik tutuplah aurat sepenuhnya..abang sangat sayangkan adik dan abang sangat sayangkan adik sebagai............." kata ikhlas dari seorang senior.
Dalam kelas ni semua senior (umur)..kecuali aku dgn Sal ,Rantiyem dan Taufik
"Terima kasih, saya minta diri dulu..." pintas aku dan kebetulan dorm aku hanya depan surau saja jadi aku macam dilempar bom atom...sampai ke bilik aku memang menangis dan hanya Allah yang tahu betapa aku malu kerana ditegur oleh orang yang sangat aku kagumi dan  aku malu kerana teguran tu datangnya dari mulut dia sendiri.

Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.
Dormmate..Nazariah (kedah),Wasilah(Serawak),Mazwin (Perak),Hasna (kedah),Nazraini(Perak),Norshida(Perak)aku..dan Sarijah(Sabah)
Sweet teachers..
Sebaik sahaja pulang dari kampung dan kebetulan hujung tahun aku mengambil peperiksaan STPM jadi aku pulang...dan semasa hujung tahun inilah segalanya berubah dan mengejutkan semua keluarga aku sebab aku minta mak jahitkan tudung labuh dan masa tu ayah menangis sebab terkejut aku pakai tudung labu sebab dia ingat aku dah masuk AKRAM sebab aku ada cerita kat ayah kata abang dari IKRAM menegur cara aku berpakaian..masa ni aku memang pakai baju kurung tapi semuanya jenis kebaya dan kurung  moden mungkin agak sendat sebab mak memang tak bagi aku pakai baju yang besar dan menggelebeh sebab katanya akan tambah gemuk nanti..itulah episod aku memakai tudung labuh dan aku bukan pakai kerana jatuh cinta dengan abang senior aku tapi aku pakai sebab aku fikirkan kata-kata dia...kerana aku menggaggu pandangan matanya.

Masa berlalu dengan sangat pantas......dan sememangnya aku ditakdirkan menjadi guru dan di sini aku belajar cara menjadi seorang manusia yang banyak bersabar dan juga sentiasa berhadapan dengan insan-insan yang anti kan
Classmate..Abg Ismail, Fuad Abd Wahab, Shaiful Riduan,Taufik,Abg Ibrahim
aku..tapi aku sangat bersyukur sebab walaupun aku tak disukai kawan-kawan sekelas dengan aku yang aku tak ketahui punca tu tapi aku rasa sangat bertuah sebab sepanjang aku berada di IPSI aku di kelilingi oleh orang yang sangat baik dengan akuterutamanya abang-abang senior dan kakak  senior serta dormmate  aku. Aku diketegorikan orang yang sangat bertuah sebab assigment aku kat IPSI tak pernah ada masalah sebab ada orang yang sangat baik mencarikan bahan-bahanuntuk aku walaaupun masa ini aku dah tak suka ke perpustakaan dan memang aku banyak menjauhkan diriku dari perpustakaan sebab ianya seolah satu fobia sebab sepanjang aku di SMDSO aku adalah pustakawan.....bezanya masa aku di IPSI bahan-bahan  aku kebanyakannya aku perolehi dari senior yang tak pernah kedekut memberi bahan rujukan..dan yang pasti aku memang sentiasa ada orang tolong buatkan (tunjukkan) assignment.
Cinta tiga segi....Hanafi and Nizam
Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila dia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)? Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayat petunjuk (tentang yag benar dan yang salah). Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia." (Surah Al-Lail, 1-13)

"Ada orang tak lulus dalam paper  EDU 365..ini mesti Shikin" kata kunco2 yang antikan aku semasa dalam kelas..asal ada yang tak lulus saja mesti ditujukan kepada aku...tapi yang peliknya bila  orang tahu aku dapat A+ memang akan ada yang mengumpat..
Couple?.....tak de lah..teman tapi mesra
"Alahhhhh ..itu mesti markah kesian je..tak pun markah ampu pensyarah..mana tak nye buah hati pensyarah....." kata-kata sindiran yang selalu aku terima..

" Biarlah ..Shikin orang nak kata bukan nak  luak pun markah tu...orang dah cembeuru macam tu perangai dia.." kata Abang Wan yang sememangnya  baik dengan aku....
"Macam dah tak da orang semenanjung..orang Sabah juga yang dia cari..." 
"Dahlah room mate org Sabah..boyfriend pun orang Sabah...abang angkat orang Sabah...apa sangatlah yang hang suka sangat kat orang Sabah tu..."  
Tapi sepanjang aku di IPSI memang aku sangat rapat dengan orang-orang Sabah dan kebetulan mereka semua orang Sabah aku nak buat macammana..takkan aku nak pilih-pilih negeri pulak...tapi yang dok anti kat aku tu  orang Perak..
Alim nye...waktu ni..yg duk ikat galah tu..Halim bf Kak Ija masa tu...
Tapi aku masih ingat rakan sekelas aku yang memang sangat baik . Abg Wan,Fuad, Puadi, Abng Yem, Abng Ismail, Abng Md Noh, Abng Zainal,  dan beberapa lagi yang aku lupa nama..kalau yang anti kat aku tu memang sampai mati aku ingat nama sebab mereka ini kaki buli aku......
Teman tapi mesra..waktu ni di Bagan Datuk..agenda rasmi..he..he..he.
kat dalam kelas.tapi tak lah berdendam pun..tapi dia oranglah banyak mengubah aku jadi manusia yang lebih kental dan tak manja lagi.....Tapi kalau yang perempuan tu semuanya baik dengan aku dan memang tak terasa sangatlah sebab  memang mereka rapat dengan aku juga...tapi yang betul-betul rapat dengan aku Kak Nora,Kak Ina, kak Midah, kak  Shimah, kak Lelal,Kak Lia, Halimah, Ran, kak Yus, Kak Aishah, Kak Niza, dan  yang ada juga aku terlupa nama...tak berapa rapatlah tu...tapi Kak Shimah satu-satunya orang yang suka buli aku dalam kelas ...tapi aku tetap baik dengan dia sebab dia ni macam 'kartun' dan  memang aku tak ambil pot sangat kalau dia buli aku sebab aku faham dia baik hati tapi kalau  bercakap tak pernah jaga hati orang....tapi aku memang  sayang kat dia....


Abg Nasaruddin Othman..abang angkat yg sentiasa kirim surat kat aku di IPSI..tape suara lagi.
Masa bersiar-siar di bukit cerakah..dgn member-member...
Semasa semester satu, dua dan tiga aku selalu home sick dan segalanya hanya terubat dengan pnggilan telefon dan surat dari insan yaang aku sayang.. Dan satu-satunya abang angkat kesayangan aku yang tak pernah putus-putus menghantar surat buat aku adalah abang Nasha..dan memang aku sayangkan abang Nasha sebab dialah pengubat hati aku bila aku kesedihaan dan surat-surat yang dia hantar memang sering jadi rebutan kakak yang satu dorm dengan aku sebab ayat-ayat dia cukup puitis dan sehinggakan ada kakak sorang tu jatuh cinta dengan ayat-ayat dia..tapi yang peliknya aku tak juga terjatuh cinta kat abang aku ni..tapi aku memang sayangkan dia....
"Kalau Kak Na dapatlah orang macam ni kak na nak simpan dalam almari..tiap-tiap hari tengok muka dia saja pun dah kenyang..tak buat apa pun tak pa dah" kata Kak Na rakan sedorm dan senegeri dengan aku....
"Kak Na nak berkenalan ka..nanti Shikin kenalkan"..pelawa aku
"Tak maulah..orang macam tu bukan mau orang macam kak Na ni.."kata Kak na..tapi dialah  orang yang paling suka bila aku dapat surat dari Abang Nasha..dan mungkin doa kak Na termakhbul dia pun kahwin dengan polis yang handsome mcm Abang aku ni masa kami final year dah..

Sepanjang aku di IPSI aku selalu dapat surat dn kad dari sahabat baik aku..Yen Choo dan hinggalah aku posting..dan beberapa kali surat dari dan kad raya dari kawan-kawan di SMDSO yang memang aku simpan sehingga hari ini.cuma surat Abang Nasha saja yang aku bakar semasa abang kahwin...bukan aku tak boleh terima dia kahwin tapi aku terlalu sayangkan dia dan tak boleh terima kenyataan orang lain hadir dalam hidup  dia..cemburu???? hanya Allah yang tahu kenapa aku  cemburu pada insan yang aku sayang...

Gambar masa bertunang?...rebutan lelaki....pinangan pertama ku terima.....seawal usiaku 19tahun
IPSI mendidik aku menjadi guru dan sememangnya aku mengenal erti apa itu pendidik sepanjang aku di IPSI..walaupun aku tak pernah  gembira dan bahagia di IPSI pada peringkat awalnya yang manaaku selalu homesick, mohon bertukar setiap semster untuk balik ke IPDA dan sering kena serang Athma sebab kata doktor semua tu efect psikologi je.........tapi bila masuk semester ketiga segala-galanya berubah..........
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (Surah As-Saff, 10-12)
 :)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

1 comment:

Anonymous said...

salam...

bidang perguruan adalah bidang yg mencabar..

moga selalu mendapat rahmat daripada Allah swt selalu..

**follow ur blog..***17

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in