kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, January 20, 2011

Siapa kau Dihatiku? Mak Chaq dan Pak Chaq

 Chaq  adalah perkataan yang diambil dari perkataan besar atau besaq bagi orang kedah. Dalam hidup aku sejak kecil aku memang sangat beruntung kerana aku mempunyai tiga orang yang aku panggil Mak Chaq dan pak Chaq . Sedari kecil hinggalah dewasa aku rasa sangat bersyukur kepada Allah SWT yang menganugerahkan aku tiga orang Mak Chaq dan Pak Chaq  kepada aku...
Pertama Hjh Sofiah Hj Ali  dan Hj mohd Isa Hj Mohamad di Jalan Pegawai
Kedua Hjh Zauyah Bacha  dan Hj Osman Hassan di Taman Wira Mergong
Ketiga Hjh Norma dan Hj Ishak di Kulim

aku rindu pada Mak Chaq Piah atau Hjh Sofiah Hj Ali yang aku kenali sejak usia aku beberapa bulan tapi yang ingat masa usia 4 tahun
Aku mula mengenal erti kehidupan bila mana aku berpindah ke Jalan Pegawai..ketika itu usia aku 4 tahun dan aku banyak membesar bersama Abang Tam dan juga Kak Chik berbanding adik beradik aku yang lain. Aku terlalu rapat hinggakan dalam seminggu aku akan tidur di rumah  Mak Chaq sekurang-kurangnya dua kali ketika Pak Chaq ada giliran di  rumah Mak Chaq Dun @muda. Aku akan  pergi menemankan Mak Chak dan Kak Chik di rumahnya dan kadang-kadang tu memang mak dan ayah tidak suka sebab mereka takut aku terpengaruh dengan cara hidup orang kaya yang mana agak tinggi kegoannya....itulah hakikatnya kenapa orang tak percaya bila aku cakap aku anak orang susah sebab cara hidup aku banyak dipengaruhi oleh keluarga Mak Chaq seperti yang aku ceritakan dalam Chapter Hidupku: Rumah Itu Duniaku.... Pak Chaq merupakan Tok Imam mukim dan dalam masa yang sma bekerja sebagai Manager di Syarikat Bas Tok Saudara aku Tok Sham (Bas Kuala kedah ...zaman tulah) ayah pun kerja dengan syarikat ni juga dari mula dia berhijrah ke Alor Setar sampailah tahun 1984 kira lama jugalahkira-kira 15 tahun juga la tu..Mak Chaq dan pak Chaq sangat sayang pada Mak dan Ayah  macam adik sendiri..tapi mak selalu pesan kat kami supaya jaga kelakuan bila pergi rumah mak Chaq sbb dia tak suka bila ada orang mengata terutama saudara mara Mak Chaq lah..adaklah..kami pun ada bau-bau durian ngan Pak Chaq...tu lah yang ayah rapat dengan Pak Chaq tu.
aku sayangkan Mak Chaq bukan kerana Abang Tam tetapi kerana aku mengenal kehidupan yang mempunyai etika dan tatacara banyak melaluinya
Sedari aku kecil aku banyak belajar tatacara kehidupan dan yang istimewanya aku banyak belajar cara menyediakan jaudah makanan yang istimewa serta tatacara menghias makanan sebab Mak Chaq juga mengambil tempahan khusus untuk kenduri dan katering...aku sememangnya merindui itik golek dan juga masakan Mak Chaq. Mak Chaq memang pakar dalam masak memasak dan pelbagai resepi diajar kepada aku semasa aku kecil dan aku sangat rapat dengan Mak Chaq sehinggalah aku berpindah ke Taman Wira.
Mak Chaq adalah mak kepada Abang Tam yang mengisi hati aku sejak aku kecil......
Sebelum pindah Mak Chaq ada meminta aku dari ayah dan mak tapi tidak diizinkan lagipun masa ini aku tak berapa suka dengan Kak Cik sebab dia ketika di sekolah sangat sombong dan cemburu dengan aku..sebab mungkin cemburukan kasih sayang  Mak dan Abang Tam yang tertumpah pada aku..tapi aku bersyukur sangat aku tidak tinggal dengan Mak Chaq jika tidak...entahlah mungkin aku tak jadi apa yg aku jadi sekarang...sebab bila kehidupan kita asyik dengan kemewahan dan kecantikan kita akan lupa pada ilmu...Alhamdulillah aku dibesarkan oleh mak dan ayah aku serta masih sempat diselamatkan...Pak Chaq dan mak Chaq anak lima orang anak kandung dan terlalu ramai anak angkat yang dibela dari mudah sampai aku tak terbilang..manakala ada 6 anak tiri jadi semua anak Pak Chaq ada 11 orang lah...semuanya kategori berjaya dan ada kecuali  empat orang tak belajar sampai lepas STPM..kantoi SPM.. dua anak mak tua dua anak mak muda..kira adillah tu..he..he..Anak mak Chaq Piah empat lelaki dan seorang perempuan. Abg Yusof (vetarina), Abg Chik Marzuki (cikgu), Abg Teh (kerja sendiri), Abg Tam (Engenier) dan kak Chik (kerani tapi kawin ngan cikgulah).
Mak Chaq dan Pak Chaq Hj Mohd Isa ..bersama sebahagian daripada cucu-cucu dan cicit mereka....
Walaupun aku tinggal jauh dari rumah Mak Chaq aku tetap mengunjungi dan menziarah mereka walaupun ahli keluarga aku yang lain tidak berapa ada hati untuk melawat terutama ketika raya kerana mereka semua tak tahan dengan sikap ego anak cucu Mak Chaq dan selalunya kalau diberi pilihan mereka hanya akan pergi bila hari raya ketiga atau seminggu lepas raya sebab masa ni anak-cucu Mak Chaq dah tak ada yang tinggal hanya Abng Teh dan keluarga yang sangat mesra tidak seperti yang lain.Tapi aku tak kisah bila masa aku redah saja sebab bagi aku aku kenal mereka dan ego mereka dan bak pepatah dah tegal dengan sikap sarcastic mereka dan aku biasanya tak akan diam dan akan balas....sbb aku dibesarkan oleh mereka...dalam keluarga mereka..sebab itu rumah itu duniaku..... Walaupun  kini telah jauh aku tetap mengenang jasa baik mak Chaq dan Pak Chaq pada keluarga aku selama 10 tahun kami hidup disitu....biarlah kata-kata yang menyakitkan aku terima tetapi selagi ada hayat mereka aku tetap sayangkan mereka...ada sebab ahli keluarga itu tak sukakan aku..nantilah aku cerita dalam Chapter Hidupku bila sampai masanya nanti....
Gambar ini aku ambil pada thun 2009 ketika Mak Chaq menjalani rawatan jantung di KMC..walaupun banyak spekulasi timbul aku redah saja sebab aku sayangkan Mak dan Pak ikhlas kerana Allah bukan kerana sesiapa.....
Sebaik sahaja aku berpindah ke Taman Wira aku mengenali Mak Chaq Zauyah iaitu jiran sebelah rumah aku...yang orangnya jauh lebih berbeza dengan Mak Chaq ...orang nya kecil dan juga berasal dari orang kaya tapi kehidupan mereka agak berbeza kerana Mak Chaq merupakan anak tiri kepada keluarganya dan sebab itu agak merendah diri tapi kehidupannya tetap ada persamaan terutama dari etika hidup dan tatacara kehidupan....Mak Chaq Zauyah merupakan tukang masak yang terkenal kat Alor Setar kerana bapa tiri Mak chaq dulu Tok Haji karim adalah tukang masak Sultan Kedah jadi memang sangat banyaklah keistimewaan jaudah yang aku pelajari tapi taklah macam Kak not yang lebih rapat dengan Mak Chaq dan pak Chaq dan ini menyebabkan Kak Not lebih mahir berbandinga akulah..lagipun keluarga ini taklah seperti keluarga Jalan Pegawai ....mereka lebih lemah lembut dan setaraf dengan kami sebab tulah adik beradik aku memang rapat sangat...macamkan keluarga sendiri...sejak aku berusia 14 tahun hinggalah sekarang...Mak Chaq dan Arwah pak Chaq Osman sangat baik hati kerana sejak ayah meninggal dunia merekalah yang menjaga kebajikan kami adik beradik dan masa peringkat awal ayah meninggal tahun 1992 memang mak tak boleh berdikari sebab tak sihat sehinggalah akhirnya aku bertukar balik ke  Alor Setar pada tahun 1994 dan mengambil alih menjaga mak dan adik beradik yang lain....Mak dan Ayah serta Mak Chaq dan Pak Chaq macam adik beradik dan saling bantu membantu dan memang keluarga aku sangat terhutang budi dengan mereka....
mak bersama dengan mak Chaq Zauyah..dan yang belakang tu Mak long aku kakak ipar mak.
Aku dan anak-anak Mak Chaq hampir sebaya dan kami memang bersaing dan berlumba-lumba dalam pelajaran serta ibadat sebab mak selalu kata " tak malu kah dengan  orang ini...orang tu...(selalu sebut namalah) sebab mereka sangat banyak kelebihannya dan memang aku selalu menjadikan anak Mak Chaq Ka Hasni sebagai orang yang patut aku contohi...kebetulan Kak Hasni hanya tua setahun dari aku dan aku sebaya dengan Zuraini (Atan) yang memang sentiasa menjadi teman dalam bersaing waktu belajar..terutama bila aku belajar di SMDSO dan dia di KSAH ...selalunya kami akan bertukar nota untuk pelajaran dan memang aku rapat sangat dengan mereka semua sehinggalah masa nak kahwin pun aku tetap dilibatkan dalam membuat keputusan..terutama bab nak menghias rumah dan pengantin...memang seronok sangat sebab macam adik beradik sendiri juga..tapi biasalah kadang-kadang tua ada juga terkecil hati terutama aku yang memang besar ini tapi hati kecil je... semasa  mak dan ayah meninggal dunia merekalah tempat kami menumpang kasih dan merekalah yang banyak membantu menguruskan kebidupan kami adik beradik...walaupun semasa mak meninggal dunia kami semua telah dewasa tapi mereka tetap mengambil berat terhadap kami..hinggalah ke saat akhir hidup Pak Chaq dia selalu  risaukan aku adik beradik..sehinggalah aku berpindah ke rumah sendiri di Teratak A'ish dia tetap risau dan aku dan adik beradik sehingga sekarang kalau balik ek Alor Setar tetap akan ke rumah Mak Chaq sebab sekarang Mak Chaq tinggal seorang diri da kadang-kadang adalah anak-cucu yang datang  menamankannya terutama waktu cuti sekolah.
Atan, kak Ani Eda, Norli, kak Adik (Hasni) Mt Zaki (yang chik), Mak Chaq dan Pak Chaq
Mak chaq dan Pak Chaq  setiap kali hari raya pertama mesti masak nasi istimewa dan memang semua orang dah tahu yang hari raya pertama makan nasi kat rumah mereka dari kami kecil sampailah sekarang walaupun Pak Chaq dah tiada Atan mengambil alih membantu Mak Chaq memasak dan dia masak tetap rasa macam Pak Chaq sebab dia memang ikut dan belajar cara Pak Chaq memasak.. dan kalau rindu nak makan masakan Pak Chaq , Atan je lah yang masak...Alhamdulillah anak-anak Mak Chaq macam kami juga semuanya berjaya kak Hasni Dekan di UUM Prof Madya Dr Nor Hasni, kak ani cikgu, Norli -cikgu , Zuaraida-cikgu dan Ahmad Zaki sekarang tengah belajar undang-undang di UIA....aku ingat lagi Mak Chaq selalu kat dia kalau boleh nak semua anak-anak jadi cikgu sebab dia dulu nak jadi cikgu dan nasib dia tak berapa baik sebab bila naik sekolah menengah terpaksa berhenti sekolah walaupun dia pandai kerana diskriminasi anak tiri..takut pandai lebih nanti melawan....kesian dia..tapi aku cukup kagum dengan mak Chaq dan Pak Chaq mendidik anak sebab semua anak-anak kategori taat agama dan terasuh...

Abah..gambar ni gamabr terakhir aku tangkap masa pergi ziarah Abah di IJN dan masa ni dai teringin makan ais krim dan aku rindu sangat dengan Abah sebab dia paling suka makan air asam yang aku buat...
Manakala  yang ketiga adalah mak Chaq Norma dan pak Chaq Ishak@ abah... tapi sayang tak de gambar mereka sebab aku tak sempat nak snap dalam album  balik baru ini...Mak Chaq dan Pak Chaq adalah bapa kepada sahabat aku Check atau Halawiah Safinas masa aku belajar di UPMT ..kami sekelas dan
Alhamdulillah baik sampai sekarang.. Aku menjadi rapat dengan Mak dan Abah bukanlah kerana Check tapi kerana bermulanya detik aku menunaikan umrah pertama bersama Mak dan Abah..memandangkan masa pergi ke sana buat pertama kali aku memang tak ada mahram dan tumpang Mak dan Abah tapi apa yang kelakarnya bukanya tumpang mahram saja tapi memang Mak dan Abah layan aku macam anak sendiri sampaikan makanpun sepinggan...aku rasa sangat bertuah sebab dari situlah bermulanya ..
Abah dan Mak Chaq memang selalu pergi umrah dan masih teringat lagi Abanh kata ..dia kalu boleh nak meninggal kat Mekah atau Madinah sebab tu ada duit lebih saja dia akan pergi ke sana...itulah yang menyebabkan Abah selalu pergi Umrah..kebetulan Guru Besar pencen  memanglah...tumpuan Abah dan Mak Chaq banyak kepada ibadat selepas berpencen.
Neng, Aku, Chek dan Lia masa konvo 1999
Aku dengan Chek Alhamdulillah rapat ..bukan tak pernah bertegang leher tapi cepat reda sebab kenangkan Mak dan Abah dan aku tak anggap Chek kawan aku tapi aku anggap dia macam saudara aku sendiri dan kami banyak berkongsi cerita kalau berjumpa.
Itulah aku yang sangat bersyukur kerana memiliki Mak Chaq dan pak Chaq dalam bidup aku...Semoga mereka dirahmati Allah di dunia dan akhirat....Budi dan jasa mereka tidak ada balasannya melainkan dari Allah SWT kepada keluarga kami..Terima kasih Mak Chaq dan pak Chaq serta keluarga...

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in