Gambar terakhir di sekolah..tembam kan...sebab memang dah tembam nak buat cam na? |
Sebaik habis ujian ayah dah tunggu kat bawah di SMK Convent Alor Star...
"Emmh..macam mana..boleh jawab?"tanya ayah.
"Ok je..bukan susah pun...?jawab aku kat ayah tapi dalam hati..kantoi ..mesti dia orang dah buang kertas jawapan aku sbb langgar peraturan.
"Baguslah kalau macam tu..InsyaAllah harap-harap dapatlah masuk jadi cikgu nanti."
macam biasa aku pergi sekolah dengan gembira dan berlatih sukan sebab biasalah ahli suka ni awal tahun memeng sibuk dengan acara latihan..aku buat latihan sendiri je sebab semua ahli lain lelaki yang wakil sekolah ke peringkat daerah dan negeri aku je perempuan tunggal..jadi latihan buat sorang-soranglah....kebetulan tahun ini MSSM di Sabah mestilah aku pulun habis-habisan sebab memang impian atlet nak pergi Sabah.
Zamzulhanim, Ina, aku, Ta, ?dan Mida....kalah semua sbb aku lah yg plg comeiiiiii. |
"Tak pa lah ayah..kalau takdapat pun tak pa..cek nak pi Sabah tahun ni MSSM kat sana"...jawab aku.
"Ya ka?..mungkin tak ada rezeki lah nak tengok anak ayah jadi cikgu sorang pun"..kata ayah yang sedikit kecewa.
"Tak pa lah..belajar baik-baik kat sekolah tu nanti lepas STPM boleh moho lagi"...kata ayah bagi semangat pada aku.
"InsyaAllah ayah..kalau boleh cek nak jadi Akauntan..cikgu ni cek kurang minat..tapi kalau dah rezeki tak palah!" jawab aku menyedapkan hati ayah. Seminggu selepas tu..............
Ayah..insan yang sangat mengimpikanaku menjadiseorang guru..dgn Amin adik bongsuku |
"Surat panggilan temuduga lah mak.." kata aku
"Syukur Alhamdullah dapat juga temuduga ..kak not tak dapatpun..tentu ayah suka bila dia tau nanti"kata mak lagi...kebetulan masa ini kak not dah belajar di UiTM Shah Alam.
"Tapi mak...tarikh ni cek ada perlawanan akhir peringkat negeri....sapa menang boleh wakil kedah pi MSSM kat Sabah" bentak aku tak nak pergi temuduga.
"Takpa nanti bincang dengan ayah" kata mak tak tau nak pujuk aku macam mana lagi..jadi bila ayah balik........
"Alhamdulillah dapat juga kin temuduga tu kan..nanti ayah beli kain suruh mak buat baju baru dan kita beli kasut nak pi temuduga"...kata ayah dengan seronoknya.
"Tapi ayah...hari tu ada game"
"Tak pa..nanti kita pi main game dulu ..lepas tu ayah tunggu bawa semua pakaian dan kita pi lahtemuduga..bukan jauh pun Kolej Sultan Abdul Hamid tu...tak sampai 10 minit" meyakinkan aku...
"Oklah..nanti chek pi.." jawab aku dingin...tapi sepanjang minggu tu mak dengan ayah memang tak habis-habis bercerita seronoknya aku dapat temuduga..siapayah beli baju baru dan suruh mak jahitkan dan belikan tudung buat aku ..beg tangan dan kasut tinggi...sebab aku memang tak pakai semua kasut tinggi sebab aku tak feminin sangat masa sekolah dulu..jadi memang ayah dan mak lah yang buatkan semua untuk aku...memang mereka hendak aku jadi cikgu..kata ayah itu adalah impian dia dulu sebabkan konfrantasi ayah terpaksa jadi tentera dan akhirnya jadi makanik dan cita-cita dia terpadam begitu saja bila dah ada keluarga dan akhirnya masa umur dia 35 tahun baru buat perniagaan sendiri. Jadi impian mereka memang nak ada anak yang jadi cikgu......Masa ini hanya aku yang tinggal dengan mak dan ayah serta adik-adik lelaki aku.
Gambar aku masa muda remaja..jarang senyum |
"Alhamdulillah...tak pa...tak da sapa boleh pecahkan rekod tu lagi...jom kita siap pi temuduga" kata ayah yang kebetulan memang tunggu aku dengan semua kelengkapan untuk temuduga..siap semua dengan fail sijil sekali.
ayah yang siapkan aku dia yang suruh pakai bedak,lipstik dan semuanya..
"Amboi segaknya anak ayah..dah nampak macam cikgu!" kat ayah.
Sampai di KSAH semua orang dah ada dan ayah cepat-cepat parking dan hantar aku masuk ke dewan temuduga dan aku kena buat sekali lagi ujian bertulis dan lepas tu temuduga kumpulan dan akhir sekali temuduga individu.
Ujian bertulis...biasalah kalau dah bagi soalan mesti ada jawapan..aku kan naib Pengerusi Library jadi buku adalah kawan aku dan masa diberi soalan ada satu soalan tentang novel...alamak memang aku tak suka baca novel...apa aku nak kelentong nih..ha..teringat satu tajuk buku."Durian Daun" cerita politik tapi ala-ala novel jugalah..penulis aku dah lupa tapi memang cerita dia memang tentang kisah hidup ahli politik...seingat aku masa di sekolah aku ada tiga novel melayu je yang aku baca Langit Bukan Biru, Konserto Terakkhir dan Ranjau Sepanjang Jalan. yang lain aku baca novel Inggeris je..tu pun bukan aku punya tapi koleksi Kak not..itu memang ulat buku bukan macam aku.
Temuduga kelompok; masa ini aku tengok ahli kelompok aku semuanya bergaya dan cantik belaka...dan sangat bersesuaian menjadi cikgu...tapi bila disuruh bercakap semuanya lawan pandang hang aku..jadi aku yang sememangnya dah ada bakat kepimpinan semulajadi ni..apalagi.malas nak tunggu terus aku buka bicara kelompok dan bertindak sebagai pengerusi...jadi pengerusi bukan susah buka soalan tanya orang dan buat ulasan ...lepas tu pass round..kansenang je..tak da idea pun macam kita punya idealah.
Sesi individu:; masa aku masuk dalam bilik temuduga ada dua orang penemuduga lelaki..yang sempoinya masa nak temuduga aku yang sorang tu sikit punya la baguih dok makan nasik lemak sambil tanya aku...fuhhhhh tercabar juga aku bila dia tanya...
"Kenapa nak jadi cikgu?"...sambil mulut mengunyah nasik lemak.
"Encik...saya sebenarnya tak ada minat pun nak jadi cikgu!" jawab aku selamba..tersedak dia bila dengar aku jawab macam tu....
"Encik boleh bangun tak dan tengok kat luar pagar tu dan tengok lelakiyang berdiri tepi kereta PM 8748 tu?" sambung aku dan dia terus bingkas bangun dan tengok...."Siapa? Boyfriend awak ka?"
"Encik..tulah sebenarnya orang yang hendak menjadi guru dan saya ini adalah anak dia dan dia memang bercirta-cita sangat saya menjadi guru..saya datang temuduga ni pun sebab saya tak samapai hati nak kecilkan hati ayah saya..walaupun saya tak minat langsung tapi saya datang juga.. Encik tengoklah keadaan saya yang berpeluh-peluh dan basah tak selesa ni..sebenarnya bukan sebab saya takut tapi saya baru saja selesai dari perlawanan untuk MSSK dan saya masih menuntut di tingkatan enam" jawab aku yang sememangnya pandai bercakap sebab masa sebelum temuduga ada juga cikgu-cikgu aku berpesan kalau nak masuk maktab jangan mengaku tingkatan enam comfirm tak dapat.
"Saya menuntut ditingkatan enam dan saya nak tanya kenapa cikgu saya kata kalau kita mengaku tingkatan enam kita tak akan dapat masuk maktab....tak kanlah orang yang dapat result yang baik tak belajar duduk masa nasi kat rumah saja?" tanya aku pada penemuduga.
"Oh..tak kanlah kami tak tahu..tapi kalau dah mengaku tingkatan enam baik teruskan belajar saja sampai masuk universiti...ni awak kalau dapat ke Sabah Sarawak posting nanti boleh kah?
"Sabah Sarawak..nak melancong boleh lah ..nak jadi cikgu pun saya tak minat macam mana saya nak posting Sabah Sarawak..takpa lah Encik saya memang tak minat jadi cikgu ini dan mungkin ramai lagi kat luar sana yang sesuai jadi guru tak macam saya dan saya hanya datang ni nak memenuhi hajat hati ayah dan mak saya saja sebab saya sayangkan mereka dan tak sampai hati nak kecilkan hati mereka"..jawab aku berterus terang.
"Baiklah kalau macam tu awak boleh keluar sebab dah tak ada soalan lagi..balik belajar betl-betul sampai masuk universiti..itu lebih baik untuk awak!" jawab penemuduga yang seorang lagi.
Macam biasa aku dengan tersenyum lebar pergi ke kereta dan bagitau ayah
"Ok dah selesai..jom kita pi tengok keputusan perlawanan cek tadi..takut ada orang lain potong chek" kelam kabut aku mengajak ayah kembali ke tempat perlawanan.
"Shikin..tahniah hang jadi johan sebab tak da sapa boleh pecahkan rekod tu..dan hang dapat wakil kedah pi MSSM kat Sabah tahun ni"..kata kawan aku yang kebetulan ada disitu dan tolong ambil hadiah aku sekali.
"Alhamdulillah...kan ayah dah kata tak da sapa boleh potong" jawab ayah..Aku gembira sangat hari itu sebab selesai temuduga dan comfirm akutak dapat dan comfirm tiket ke Sabah milik aku.
Fauzi,Muhammad,Azizan....teman sekelas masa Ting 4 &5 tapiterpisah bila tingkatn 6 |
"Shikin saya dah dapat ke Maktab Perguruan Kinta" kata Ng Ai Ching kawan sekelas aku yang memang pandai akaun dan selalu aku minta diajarkan aku. Masa ini aku memang baik sangat dengan Ai Ching, Tan Aik Kong ,Chong Eau,dan juga Oo Yen Choo. Dan yang melayunya Habibah, Zamri, Ismail dan Suriani dan yang lain aku dah lupa nama.
"Tahniahlah Ai Ching..awak pergilah , tak de lah orang nak jealous pasal Tan Ai Kong lagi..." berderai ketawa kami sebab masa ni memang aku dengan Aik Kong kamcing sangat sebab aku suka sangat dekat dia..tapi macam selalu lah hanya sekadar suka sebab hati aku tak boleh dimiliki oleh sesiapapun...masa ini memang ramai member melayu aku yang tak berapa suka dengan aku sebab masa aku banyak aku habiskan dengan buku dan juga kawan-kawan cina aku..cuma beberapa orang saja yang masih rapat dengan aku..Mida tu pun sebab kami selalu naik basikalke sekolah bersama. Atie dah ada kawan baru masa tigkatan enam jadi kurang ngam dengan akulah....aku macam selalu dengan dunia aku sendiri.....Muhammad ngan Jan dan hanim pun kalau depa pergi library atau singgah kat koperasi itulah saja masa kami berjumpa.
Dataran..depan kantin,koperasi dan library..tempat lepak kami |
"Kalau jadi apa-apa kat mak aku tak akan maafkan hampa" jerit aku sambil menangis masa mak aku jatuh dan kaku di muka pintu bilik dengan keadaan berdarah kerana kepala mak terhantuk ke pintu..
Sebaik ambulan datang terus mak dibawa ke HBAS yang kebetulan hanya 1 km dari rumah aku..
Sebaik sampai di hospital ayah pun sampai...dan dalam suasana kelam kabut tu aku memang dah tak fikir apa dan masa tu aku hanya berdoa agar mak selamat.
Selama sehari mak di ICU tak sedar dan memang masa ini aku macam orang dah tak siuman sebab memang kalau jadi seuatu yang buruk pada mak aku akan mengamuk pada sepupu aku yang menjadi punca kejadian tu.
"Sabar..takpa mak tak apa=apa..nanti sedarlah..doktor cuma bbagi mak tidur sebab gegaran di kepala tu kuat sangat" kata ayah.
Seminggu kemudian aku mendapat jawapan bahawa aku dapat masuk maktab..kebetulan masa tu mak masih di hospital dan tarikh melapurkan diri adalah 11.06.1990.Masa dapat jawapan tu aku memang tak seronok langsung sebab dengan keadaan mak yang masih di hospital dan juga rasa hairan aku ..macam mana ku boleh dapat????? Musykil sangat..
"Alhamdulillah..dapat juga anak kita jadi cikgu...Yang bersyukur sangat-sangat" kata mak yang masih atas katil hospital pada ayah petang tu masa aku pergi melawatnya.
"Chek tak mau pi kalau mak tak sembuh sebab sapayang nak jaga mak nanti.?" jawab aku yang memang langsung tak gembira dengan tawaran masuk ke Institut Perguruan Sutan Idris.
"Tak pa biar ayah yang buat persiapan semua ..nanti mak keluar kita pi hantar Kin ke sana lapur diri..tak pa ayah boleh buat semua persiapan tu." kata ayah yang menyangkakan aku tak mau pergi sebab risaukan persiapan aku untuk melapur diri..
"Doktor mak saya tak sihat kan? Lambat lagi sembuhkan?" tanya aku pada doktor yang kebetulan ada masa aku sampai di wad.
"Dik..mak adik dah sihat ..insyaAllah esok mak adik dah boleh discaj...Tahniah ya dapat masuk maktab..nanti jadi cikgu yang baik tau..jangan garang" seloroh Doktor Mazlan yang kebetulan merawat mak aku...memang aku ingat sangat nama dia sebab handsome..orang Terengganu..siap sempat berkenalan lagi...he..he..macam Sheikh Muzaffar Shukor cuma tak puteh mcm SMS lah..
"Mak......" menangis aku memeluk mak aku sebab syukor sangat mak aku dah sembuh tapi menangis tu sebab aku terpaksa juga ke IPSI...3hb Jun mak keluar hospital dan esoknya 4 hb Jun 1990 aku mengisi surat berhenti sekolah secara rasmi kerana menyambung pelajaran ke Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim,Perak dalam jurusan PSR PM..Pengajian Sekolah Rendah Pengajian Melayu ..maknanya jadi cikgu sekolah rendah.......
. |
Dalam gambar ini ada adik angkatku yang handsome tu barisan belakang dua dari kanan tepi Azizan |
"Awak ingat senang nak jadi cikgu? tak payahlah awak jadi cikgu baik awak terus belajar kat tingkatan enam tu dan habiskandan masuk universiti lepastu jadi Akauntan..." kata Cikgu Zainol guru bimbingan kerjayaku yang memang langsung tak menyokong aku membuat keputusan masuk maktab..
"Tak pa lah cikgu...saya kena penuhi impian mak ayah saya sebab mereka saya ada kat dunia ni..walaupun cita-cita saya memang nak jadi Akauntan tapi itu mungkin hanya tinggal impian saja..InsyaAllah satu hari nanti saya akan masuk universiti juga saya tetap akan masuk UUM...insyaAllah ..cikgu doakan saya ya" kata aku yang memang rapat dengan cikgu Zainol sebab kami selalu lepak kat bilik kerjaya dengan Mida dan juga beberapa kawan lain masa jadi pengawas Koperasi sebab bilik kerjaya ni sebelah koperasi kami saja.
Selamat tinggal sekolahku dan cita-citaku...dan selamat tinggal segala-galanya kenangan yang abadi..di sini aku mengenal erti kasih sayang, cinta dan rindu..di sini aku mengenal erti pengorbanan dan di sini juga aku mengenal erti kebencian dan cemburu..terima kasih guru-guruku yang mengajar aku erti kehidupan dan mengajar aku erti menjadi manusia yang berbakti..sesungguhnya jasa dan budi guru-guruku hanya Allah yang membalasnya.aku hanya anak murid yang lembap ...kalau tiada guruku aku tidak mungkin menjadi seorang guru..Maka berakhirlah episod cinta aku di sekolah Menengah Dato Syed Omar...yang sememangnya sekolah yang paling aku sayang dan hargai dalam hidup aku..kerana hanya Allah yang tahu bagaimana aku seorang anak yang tidak mahu belajar akhirnya ditakdirkan menjadi guru.
:)aku menulis kerana aku rindu pada semua....aku sayang semua...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment